web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Komposer Daqmie Tak Marah Bait Lirik Lagu 'Casablanca' Diselar Pempengaruh TikTok, Tapi…

Sebelum ini tular di TikTok apabila seorang pempengaruh yang juga seorang guru bahasa Melayu menyelar kesalahan tatabahasa pada lagu 'Casablanca'. Baca jawapan Daqmie!

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 8:00PM

Komposer lagu 'Casablanca', Azmee Abdul Manap (Daqmie) - Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Komposer lagu 'Casablanca', Azmee Abdul Manap atau lebih dikenali sebagai Daqmie tidak ambil hati terhadap komen seorang pempengaruh TikTok bernama Zack Kirana Ibrahim yang telah menyelar bahawa terdapat kesalahan tatabahasa pada bait lirik lagu ciptaannya yang dinyanyikan Nuha Bahrin dan Naufal Zafrin itu. 

“Saya sebenarnya seronok juga tengok pelbagai reaksi yang diberikan terhadap lagu ini. Bagi saya setiap apapun tindakan yang kita lakukan, pasti akan ada reaksinya dan reaksinya itu pula akan menghasilkan sebuah keputusan. 

“Sama ada keputusannya itu positif atau negatif, kita perlu ambil kedua-duanya. Kalau keputusan positif okeylah, kalau ia negatif, kita boleh perbaiki apa yang patut,” katanya sewaktu dihubungi Getaran. 

Menurut Daqmie lagi, pertentangan pendapat di antara ahli akademik dan karyawan snei memang sering kali berlaku. 

“Di antara ahli akademik dengan karyawan seni, memang sukar sekali untuk mereka menemui satu titik kesamaan dalam beberapa hal. 

“Misalnya yang berlaku terhadap ayat ‘denyut jantungku berdebar’ yang dianggap salah tatabahasanya di dalam bait lirik 'Casablanca' ini. 

“Sebagai pencipta lagu dan penulis lirik lagu ini, saya sedar dan tahu apa yang saya lakukan. Sebenarnya, ada tiga entiti yang cuba saya cetuskan di dalam bait lirik tersebut. 

“Denyut yang saya maksudkan adalah nadi, jantung ku (degupan) dan berdebar adalah perasaan. Takkan yang berdebar jantung. Tapi dadakan? 

“Ia sebenarnya adalah tiga perkara yang berasingan yang saya gabungkan dalam bait lirik tersebut ini. 

“Yang mana ia berkait rapat dengan bait lirik seterusnya iaitu ‘terasa indahnya’. Bait lirik ‘denyut jantungku berdebar’ adalah metafora keada ‘terasa indahnya’. Apa yang ada di dalam seluruh badan, itulah yang dirasai,” katanya. 

Jelas Daqmie lagi, dia juga bangga kerana sepanjang dia berkarya dengan muzik sebelum ini, belum pernah ada mana-mana pihak yang mengulas lagu ciptaannya. 

“Bila ada orang tegur atau orang komen bermakna karya lagu saya itu adalah sesuatu. Bahkan, ia juga ibarat satu pemasaran percuma untuk saya, penyanyi dan pihak label. 

“Asbab lagu itu juga, pempengaruh itu mendapat bahan untuk kandungan media sosialnya. Nama dia jadi perhatian apabila bercakap pasal lagu ini. Dia pun untung juga dan dia pun kena cakap terima kasih kepada saya,” katanya. 

Pempengaruh TikTok, Zack Kirana Ibrahim yang juga seorang guru bahasa Melayu telah menyelar bait lirik lagu ‘denyut jantungku berdebar’ menerusi akaun TikTok miliknya dan ia telah meraih perhatian ramai netizen. - Getaran, 26 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Khutbah Arafah Musim Haji 1444H Diterjemah Ke 20 Bahasa Dunia Termasuk Bahasa Melayu

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Lagu Malaysia MADANI Diperdengar, Susuli Konsep Pentadbiran Kerajaan Perpaduan

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Yuna Dipuji Tunjuk Kebolehan Bicara Bahasa Sepanyol Lancar, Ramai Harap Dia Akan Rakam Lagu Latin 

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Saya Teringin Kolaborasi Bersama Nuha, Naufal - Rizky Febian

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN