web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Timbalan Pendakwa Raya Diburu Berhubung Kes `Datuk Seri Nicky'

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2021 1:21PM

Ayob Khan menunjukkan gambar bekas Timbalan Pendakwa Raya bagi siasatan penggubahan wang haram. - Gambar dari Facebook Polis Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang mengesan seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya bagi membantu siasatan kes berkaitan pengubahan wang haram dan jenayah komersial di negeri itu.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata lelaki yang diburu itu dikenali sebagai Md Azar Izwan Mohd Arifin @ Datuk A. Janus, 42, dan beralamat terakhir di Puchong, Selangor.

Beliau berkata lelaki terbabit merupakan individu penting dalam kegiatan sindiket penipuan selain mempunyai kaitan dengan kes Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33.

"Bekas Timbalan Pendakwa Raya itu telah menamatkan perkhidmatan dan dipercayai sudah melarikan diri. Individu atau ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan beliau, sila berhubung dengan ASP V. Prakash di talian 012-5209767," katanya pada sidang media selepas majlis perbarisan sempena sambutan Hari Polis ke-214 di sini hari ini.

Ayob Khan berkata sehingga kini, seramai 92 individu yang mempunyai kaitan dengan sindiket berkaitan ‘Datuk Seri Nicky’ berjaya ditahan di Puchong baru-baru ini.

Menurutnya, pihaknya yakin ada individu lagi yang akan diberkas dalam masa terdekat ini.

"Daripada 92 individu yang ditahan itu, 40 daripadanya ditahan mengikut Sosma (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012) dan bakinya kita buat tapisan, sama ada mereka terlibat atau tidak terlibat secara langsung sebelum dibebaskan," katanya.

Ahad lepas, Polis Johor mengedarkan butiran dan gambar ‘Datuk Seri Nicky’ yang merupakan pengasas Winner Dynasty Group, yang diburu selepas dipercayai terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan jenayah komersial di negeri ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 tahun yang lalu

Geng Nicky: 14 Orang Termasuk 4 Warga China Didakwa

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad