web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Geng Nicky: 14 Orang Termasuk 4 Warga China Didakwa

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2021 6:16PM

Seramai 14 individu termasuk empat warga China didakwa terlibat dengan Geng Nicky di Mahkamah Sesyen, Petaling Jaya hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Seramai 14 individu termasuk dua adik ahli perniagaan dalam buruan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang yang dikenali sebagai ‘Geng Nicky’.

Mereka yang didakwa ialah Lee Han Keat, Lee Kam Onn, Datuk Lee Kum Wong, Datuk Liow Wei Kin, Datuk Liow Wei Loon, Eee Eng Chee, Dr Jovian Joris Tan Chern Chian, Datuk Loo Siew Chin, Lim Kang Li, Datuk Seri Andrew Lim Kim Ming serta empat warga China Huang Lei, Wang Yu Jun, Gu Xing Qiong serta Jiang Xue.

Wei Kin dan Wei Loon merupakan adik kepada Nicky.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Jamaludin Mat berikutan kes itu melibatkan jenayah terancang yang tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, 13 tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang “Geng Nicky” di kawasan SetiaWalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, di sini antara 1 Jan 2017 dan 20 Mac 2021.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Kim Ming didakwa membantu kumpulan  jenayah sama di kawasan SetiaWalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, di sini antara 1 Jan 2017 dan 29 Mac 2021.

Dia dituduh mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar memohon jaminan tidak diberikan kepada kesemua tertuduh mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana ia membabitkan kesalahan serius selain isu keselamatan.

"Pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan dalam masa tiga bulan bagi mendapat arahan lanjut dan izin pendakwaan untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Kes akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi selepas mendapat izin daripada pendakwa raya mengikut Seksyen 177 Kanun Acara Jenayah,” katanya.

Pendakwaan turut memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap Nicky dan isterinya, Niu Zhe yang merupakan warganegara China.

Mahkamah kemudian mengeluarkan waran tangkap terhadap Nicky dan isterinya serta tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin selain menetapkan 22 April ini untuk sebutan semula kes.

Pada prosiding hari ini, peguam Datuk Rajpal Singh, Datuk Suraj Singh, M. Mariappan, Tiew Poh Nee, Salim Bashir, Datuk Krishnan Nair, Mohd Salahuddin Salleh, Hafiz Zubir dan Datuk Jansen Chua mewakili beberapa tertuduh.

Terdahulu, kesemua tertuduh tiba di perkarangan mahkamah dengan kenderaan polis dari Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang, Kuala Lumpur kira-kira jam 7.30 pagi, diiringi beberapa kenderaan polis.

Minggu lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan 34 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi penguat kuasa disyaki mempunyai hubungan dan melindungi kegiatan sindiket jenayah tersebut.

Nicky, 33, merupakan pengasas kepada Winner Dynasty Group yang berpusat di Setiawalk Puchong, Selangor menjadi buruan polis selepas 68 ahlinya ditahan dalam Op Pelican 3.0 bermula 20 hingga 28 Mac lepas. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Gagal Kemuka Borang LHDN, Seorang Lagi Ahli ‘Geng Nicky’ Didenda

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Gagal Kemuka Borang LHDN, Lelaki Disyaki Bekas Ahli 'Geng Nicky' Didenda RM4,000

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Geng Nicky: 14 Individu Dilepaskan Tanpa Dibebaskan Oleh Mahkamah Tinggi

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Pembantu Peribadi Nicky Liow Didakwa Ubah Wang Haram, Kemuka Cukai Pendapatan Tidak Tepat

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad