web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Tertimbus Ketika Gali Emas

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2021 8:04AM

Usaha membawa keluar mayat yang tertimbus di bawah runtuhan batu masih dijalankan di Gunung Tabai, Kuching. - Gambar dari Facebook RedParrot

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Seorang lelaki maut akibat tertimbus dalam sebuah lubang, ketika beliau melombong emas secara haram bersama dua rakannya di Gunung Tabai di Bau, kira-kira 40 kilometer dari sini.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata mayat Mat Tapa, 26, ditemui tertimbus di bawah runtuhan batu dan tanah oleh pasukan mencari dan menyelamat, namun mayat itu masih belum dapat dikeluarkan.

“Semasa operasi menyelamat dijalankan pada pukul 11.20 pagi anggota operasi ternampak tangan, dipercayai tangan manusia, di dalam satu lubang, tetapi mayat itu tidak dapat dikeluarkan kerana tertimbus batu batan dan tanah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata terdahulu, dua rakan Mat Tapa yang turut terperangkap dalam kejadian pagi tadi, berjaya diselamatkan.

Pagi tadi, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Khirudin Drahman dilaporkan berkata berdasarkan maklumat awal yang diterima pada pukul 9.10 pagi, tiga lelaki dikatakan terperangkap di kawasan itu, dan dua daripadanya telah diselamatkan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Bau, Tawing Lingem dalam satu kenyataan berkata kerja-kerja membawa mayat keluar dari kawasan itu akan disambung pada pukul 8.00 pagi ini. 

Katanya posisi dan kedudukan jasad yang tertimbus itu berada di lokasi berbahaya, disebabkan struktur galian yang tidak stabil, sekali gus membahayakan anggota penyelamat. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad