web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khemah Sementara Untuk Peniaga Pasar Dato Keramat Sepanjang Ramadan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2021 7:52AM

Keadaan di sekitar kawasan Pasar Dato Keramat yang musnah akibat kebakaran pada Rabu lepas. - Gambar dari Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah khemah besar dicadang untuk  dipasang buat sementara di tapak deretan gerai di Pasar Dato Keramat yang terbakar pada Rabu lepas,  bagi  membolehkan  peniaga yang terkesan dan berminat berniaga meneruskan perniagaan mereka sepanjang bulan Ramadan ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata bagi tujuan itu kawasan tapak gerai berkenaan akan mula dibersihkan oleh kontraktor bermula Jumaat ini bagi membolehkan kerja-kerja  menyediakan tapak khemah dilakukan.

“Kita mahu bersihkan semua sekali termasuk gerai separa terbakar dan yang tidak terbakar kerana kawasan ini telah diisytiharkan tidak lagi sesuai untuk diduduki dan proses ini dijangka mengambil masa dua minggu untuk diselesaikan.

Saya dapat maklum ada 24 daripada 49 peniaga yang terlibat bercadang untuk berniaga sepanjang Ramadan ini. Khemah yang besar akan dipasang dan di bawahnya diberikan tapak-tapak kecil yang berkeluasan 100 kaki persegi (9.3 meter persegi), tapi mungkin ada ruang lagi untuk orang lain berniaga,” katanya.

Annuar berkata demikian pada sesi perjumpaan bersama penjaja dan peniaga kedai yang terbakar di Pasar Dato Keramat yang disiarkan secara langsung melalui Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan, semalam.

Dalam kejadian 17 Mac lepas, lebih 40 gerai di Pasar Dato Keramat, di sini, terbakar namun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Mengulas lanjut, Annuar bagaimanapun berkata operasi perniagaan di bawah khemah itu hanya dibenarkan selama sebulan sehingga Hari Raya Aidifitri bagi membolehkan kontraktor memulakan pembinaan 50 petak gerai separuh kekal di tapak berkenaan.

“Kita bagi masa kepada pemaju tidak lebih dari empat bulan  dan apabila ia siap peniaga yang terlibat boleh masuk berniaga semula.

Bagi empat bulan itu sekiranya ada tapak berniaga di tempat lain atau mana-mana tempat yang tidak mengganggu orang, trafik dan peniaga mahu berniaga, kita akan timbang mengikut kes dan berikan keutamaan untuk mereka berniaga sementara,” katanya. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar