web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemuda Maut Jatuh Pangsapuri, Butiran Diri Masih Belum Diketahui

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 10:52PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemuda ditemui mati selepas terjatuh dari sebuah pangsapuri di Medan Batu Caves, Selayang petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner (ACP) Zainal Mohamed Mohamed berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dimaklumkan mengenai penemuan tersebut pada jam 2.21 petang, menerusi panggilan di talian kecemasan MERS 999.

Menurut beliau, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20an dijumpai tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Butiran diri si mati masih tidak diketahui dan pemeriksaan lanjut menemui beberapa barang peribadi milik mangsa iaitu seunit telefon bimbit jenis Vivo berwarna biru dan sepasang fon telinga, serta sepasang mata berwarna hitam dalam keadaan yang telah pecah.

“Pihak polis juga turut menerima sepasang dompet dan serangkai kunci motosikal disyaki milik mangsa, yang diserahkan oleh orang awam selepas dijumpai di kawasan kejadian,” katanya hari ini.

Zainal berkata, pemeriksaan ke atas dompet pemuda tersebut menjumpai wang tunai berjumlah RM639 dan satu tangkal kain berwarna kuning yang bertulisan Cina.

“Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati mangsa telah jatuh dari bangunan tersebut pada jam 1.46 petang tadi.

“Pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor turut hadir di lokasi kejadian untuk membantu siasatan,” katanya.

Mayat mangsa jelas Zainal lagi, telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat lengkap diperolehi.

“Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Inspektor Mohd Hafiz Bin Wahad @ Ahmad (Ketua Polis Balai Selayang) di talian 017-6885458,” katanya.

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

PBM Selayang Sahkan Bubar Jawatankuasa Bahagian Sejak 15 Januari

2

Selebriti 4 tahun yang lalu

Sarah Suhairi Tak Guna ‘Gimik’ Naikkan Populariti

3

Selera 4 tahun yang lalu

5 Lokasi Selera Patut Cuba Di Selayang

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Jamuan Aidiladha Langgar SOP, 31 Warga Asing Ditahan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad