web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sarah Suhairi Tak Guna ‘Gimik’ Naikkan Populariti

Pelantun lagu 'Bicara Rasa' itu juga berpendapat jika sesuatu karya itu memang bagus, ia pasti akan mendapat perhatian ramai tanpa perlu tular dengan perkara yang tidak enak didengar.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 8:53AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pelakon Sarah Suhari mengakui tidak mudah untuk mempertahankan populariti selepas menyandang gelaran juara program Big Stage pada 2018 yang lalu.

Namun begitu, penyanyi yang berasal dari Rawang itu bagaimanapun berpendirian untuk tidak melakukan gimik atau publisi murahan demi memastikan dirinya masih relevan dalam industri hiburan tanah air seperti yang dilakukan beberapa selebriti tanah air. 

“Pernah juga terdetik sebenarnya untuk lakukan gimik. Namun, saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Sebenarnya waktu awal-awal nak masuk industri seni, emak tidak begitu bersetuju kerana risaukan hal seperti gosip dan sebagainya. Tapi itulah asam garam industri, saya tidak boleh lari daripadanya.

“Kalau hendak buat apa-apa gimik, saya akan berfikir banyak kali sebelum melakukannya. Gimik pula ada kelebihan dan kekurangan. Kadang kita sudah merancang, tapi tiba-tiba warganet akan anggap lain. Setiap orang ada pendapat masing-masing dan kita tak boleh nak kawal semua mulut,” katanya.

Bukan itu sahaja, pelantun lagu 'Bicara Rasa' itu juga berpendapat jika sesuatu karya itu memang bagus, ia pasti akan mendapat perhatian ramai tanpa perlu tular dengan perkara yang tidak enak didengar.

“Pada saya, jika sesuatu karya itu bagus, ia akan mendapat tempat di hati peminat. Jika saya hendak viral sekalipun, semoga saya tular dengan hal-hal yang baik,” tambahnya lagi yang berhasrat untuk menembusi pentas akhir Anugerah Juara Lagu tahun hadapan.

Sibuk dengan penggambaran sepanjang Ramadan, Sarah mengakui sukar untuk mencuri masa melakukan persiapan Aidilfitri seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Bulan puasa sebelum ini, saya rajin buat biskut raya bermacam jenis, semperit, lidah kucing dan banyak lagi.  Tapi sebab saya sibuk dengan penggambaran yang masih berlangsung. Tak sempat pula kali ini,” ceritanya. 

Di saat semua sedang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman, Sarah hanya pulang ke Selayang dan beraya di sana bersama-sama saudara terdekat.

“Orang lain kena bertahan 15 jam untuk pulang ke kampung di pantai timur. Tapi saya hanya beraya di lembah klang sahaja iaitu di Selayang. Memandangkan hampir semua ahli keluarga saya di Kuala Lumpur, mungkin kami berjumpa di sini sahaja,” tambahnya lagi. - Getaran, 29 April 2022

Gambar: Sarah Suhairi


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kanak-Kanak 9 Tahun Jatuh Longkang Ditemukan Lemas

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dua Mangsa Rentung, Kereta Bertembung Lori Kontena

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangka 2 Juta Kenderaan Sempena Aidiladha, PLUS Aktif SmartLane Di 5 Lokasi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Mahu Badan Penguat Kuasa Tingkat Prestasi, Laksana Anjakan Tatakelola

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN