Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


5 Lokasi Selera Patut Cuba Di Selayang

Segalanya ada di Selangor. Anda boleh melihat sendiri keunikan negeri ini pada pilihan gastronominya yang dipengaruhi oleh pelbagai budaya dan tradisi.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2022 3:31PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Segalanya ada di Selangor. Dari taman tema yang menawarkan permainan air tertinggi, terbesar dan paling mendebarkan di dunia sehinggalah pusat beli-belah terbesar di Malaysia. Percutian ke Selangor tentunya menjanjikan pengalaman manis. 

Selain itu, anda juga boleh melihat sendiri keunikan negeri ini pada pilihan gastronominya yang dipengaruhi oleh pelbagai budaya dan tradisi.

Andai kata, anda datang ke Selangor untuk bercuti atau atas urusan kerja dalam sedikit masa nanti, bawalah diri ke lokasi selera berikut untuk menjamu selera. Kedai-kedai makan ini, semuanya terletak di daerah Selayang.

 

 1. Sarapan pagi di Nasi Lemak Ujang Corner

Nasi Lemak Ujang Corner ialah tempat sarapan yang popular dalam kalangan penduduk tempatan, menyajikan pelbagai hidangan termasuk rendang daging, kari daging, kari ayam dan ayam goreng. Menu nasi lemak yang enak di sini juga cukup digemari oleh pelanggan setempat mahupun dari luar.

Alamat : Jalan 2/16, Dataran Templer, 68100 Batu Caves, Selangor.

 

2. Makan tengah hari di Restoran Kari Kepala Ikan SG

Gambar : Facebook karikepalaikansg
Gambar : Facebook karikepalaikansg

Jika anda mencari lokasi untuk makan tengah hari di Selayang, bolehlah singgah ke Restoran Kari Kepala Ikan SG. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan yang memikat selera sehingga rambang mata.

Tiada siapa yang dapat menahan aroma menggoda seperti kari kepala ikan, ayam pandan, kerabu mangga, serta menu pilihan lain. Selain itu, restoran ini juga menampilkan suasana yang mesra pengunjung.

Alamat : 10-12, Jalan SG 1/8, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.

 

3. Minum petang di The Rack Boutique Café

The Rack Boutique Cafe adalah pilihan untuk minum petang yang anda perlu cuba. Bintang utama di kafe ini sudah pastilah hidangan ‘shell out’ yang menjadi buruan ramai. 

Set dulang yang boleh dinikmati bersama rakan-rakan dan keluarga juga tidak kurang hebatnya. Mewah dan mengenyangkan. Sempena Ramadan ini, kafe ini menawarkan bufet ramadan shell out yang menghidangkan pelbagai juadah dari benua berbeza.

Alamat : 1, Jalan Os 1/4, One Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.

 

4. Makan Malam di Golek-Golek Suasana Kampung

Gambar: Facebook Golekgoleksuasanakampung
Gambar: Facebook Golekgoleksuasanakampung

Suatu ketika dahulu restoran ini sering menjadi lokasi untuk pelbagai program televisyen dan acara hiburan. Terletak di atas bukit, pemandangan malam di restoran ini sentiasa menggamit kehadiran pencinta makanan Melayu, Cina dan barat. 

Antara hidangan yang popular ialah ikan bakar dengan sambal petai, udang galah gulai lemak cili api, daging salai gulai lemak cili api, terung sambal tenggiri masin, dan makanan laut. Restoran ini dibuka pada setiap hari dari jam  6 petang hingga 12 tengah malam, kecuali Isnin.

Alamat : Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM10, Gombak, 68100 Selangor.

 

5. Makan lewat malam di Daily Burger

Gambar : www.applefoodees.com
Gambar : www.applefoodees.com

Daily Burger beroperasi sehingga jam 3.00 pagi, jadi jika anda ingin mendapatkan makanan lewat malam, gerai kegemaran penduduk setempat ini mempunyai beberapa pilihan yang menarik, seperti OG Burger, yang menampilkan bahan-bahan istimewa seperti kepingan nanas bagi mencipta rasa yang lebih unik.

Selain daripada pilihan burger ayam dan lembu, terdapat juga beberapa pilihan patti seperti rusa, arnab, dan kambing.

Alamat : 3, Jalan SG 1/11, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.

Selain daripada yang tersenarai di atas, Selangor mempunyai lambakan lokasi selera yang menarik boleh diterokai untuk sepanjang tahun. Seleksi makanan di negeri ini bukan sekadar untuk memuaskan selera, namun ia juga melengkapi perjalanan ‘Pusing Selangor Dulu!’ 

Untuk kesejahteraan awam, pengunjung atau orang ramai diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam mematuhi Pelan Pemulihan Negara, seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka pada setiap masa di khalayak ramai, dan kerap menggunakan cecair pembasmi kuman.

Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Selangor.

Boleh juga ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk maklumat terkini. Jom #PusingSelangorDulu. - Getaran, 4 April 2022

Kredit gambar : Tourism Selangor

Berita Berkaitan

1

Selera 4 hari yang lalu

Kampung Lah Gamit Memori Di Kampung, Saji Masakan Asli Negeri Sembilan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

3

Selera 1 minggu yang lalu

Asam Pedas London Sedia Menu Kampung, Ada Cabutan Bertuah Setiap Hari

4

Selera 1 minggu yang lalu

Tangkak Beef Noodle House Kini Sah Halal, Buka Cawangan Kedua Di Berjaya Times Square

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selera 10 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Jelajah 4 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Jelajah 1 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Refleksi 20 jam yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

oleh Rahayu MN