web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MAFI Diarah Sedia Pelan Elak Krisis Makanan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 10:49PM

Ismail Sabri menghadiri Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-48 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur malam ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) diarah untuk menyediakan pelan jangka panjang dan pendek bagi mengelak krisis makanan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian itu juga diminta supaya mengambil tindakan segera berhubung isu kos sara hidup yang meningkat.

Ke arah itu, beliau berkata, kerajaan menggesa Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) melaksanakan perubahan serta anjakan paradigma bagi memastikan negara mempunyai bekalan makanan mencukupi.

“Kedua, NAFAS perlu memberi ‘nafas’ baharu kepada sektor makanan berasaskan pertanian melalui penerapan teknologi tinggi dan pendigitalan, bagi meningkatkan pengeluaran pertanian, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS Ke-48 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, malam ini.

Ismail Sabri menjelaskan, usaha jihad memerangi orang tengah yang diisytiharkan beliau sewaktu menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2014 perlu diteruskan oleh NAFAS.

Katanya, usaha itu perlu dilakukan menerusi strategi penguasaan rantaian bekalan seperti mewujudkan pusat pembelian padi, pusat pengumpulan buah-buahan, penambahan pasar tani serta pasar nelayan.

Beliau menambah, kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap masalah dihadapi golongan peladang, terutamanya dalam situasi dunia sekarang yang mengakibatkan peningkatan kos bahan mentah.

Menurutnya, kebimbangan berhubung bekalan makanan tidak mencukupi adalah isu global, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

Katanya, keadaan itu tercetus ekoran pandemik COVID-19 yang mengekang kegiatan pertanian, sekali gus mengurangkan eksport makanan oleh negara pengeluar kerana mereka lebih mengutamakan keperluan dalam negara masing-masing.

Jelas beliau, ia bertambah buruk apabila berlaku peperangan Rusia-Ukraine yang memberikan tekanan terhadap rantaian bekalan di seluruh dunia.

Ujar beliau, peningkatan kadar inflasi adalah satu fenomena global yang turut dialami kebanyakan negara akibat gangguan rantaian bekalan makanan. - Getaran, 18 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

FAMA Sasar Edar 2,000 Tan Metrik Beras Putih Tempatan Setiap Bulan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pertubuhan Peladang Diwartakan Sebagai Badan Awam Di Bawah Akta SPRM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kadar Dividen Skim Pelaburan Khas DPK 8 Peratus - Mohamad Sabu

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Sekat Monopoli Beras Langkah Terbaik, Perlu Tubuhkan Semula LPN - PESAWAH

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar