Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


HFMD, Peningkatan 15 Kali Ganda, Selangor Tertinggi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 6:34PM

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di negara ini mencatatkan peningkatan membimbangkan dengan kadar 15 kali ganda, berbanding tempoh sama tahun lalu, iaitu 31,661 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 7,526 kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 yang berakhir pada 14 Mei lalu menunjukkan peningkatan sebanyak 349 peratus, berbanding ME sebelumnya dengan hanya 1,676 kes di seluruh negara.

“Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di tadika, taska atau prasekolah, iaitu 575 wabak atau 65 peratus daripada kes keseluruhan, diikuti rumah persendirian dengan 305 wabak (34 peratus) dan pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 27 wabak (tiga peratus),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor menyumbang jumlah kes terbesar HFMD dengan 8,864 kes, iaitu 28 peratus daripada keseluruhan, diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 4,421 kes (14 peratus).

Katanya, Sabah mencatatkan 2,650 kes (8 peratus); Perak, 2,638 kes (8 peratus) dan Kelantan, 2,493 (7.9 peratus), sementara negeri lain melaporkan kurang daripada 1,500 kes.

“Sebanyak 889 wabak dilaporkan di Malaysia, iaitu dengan tiga negeri tertinggi adalah Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan 309 wabak (35 peratus), diikuti Selangor dengan 111 wabak (12 peratus) dan Perak 105 wabak (12 peratus).

“Kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah, iaitu sebanyak 29,781 kes (94 peratus), diikuti kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun dengan 1,473 kes,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sesuatu penyakit ditakrifkan sebagai wabak apabila terdapat dua atau lebih kes dalam satu lokaliti dan kes mempunyai kaitan epidemiologi serta berlaku dalam tempoh inkubasi.

Pada masa sama, beliau mengingatkan bahawa penyakit tersebut adalah berjangkit yang perlu dimaklumkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan orang ramai boleh melaporkan kes kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.

“HFMD berkait rapat amalan kebersihan diri dan persekitaran dengan kadar jangkitan dalam kalangan kanak-kanak berumur kurang dari 10 tahun hampir 100 peratus, terutama di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti taska, tadika atau sekolah,” katanya.

Justeru, katanya, ibu bapa dan penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai simptom jangkitan dinasihatkan agar tidak membawa anak ke tempat awam, taska atau tadika.

“Mereka dinasihatkan membawa anak untuk mendapatkan rawatan, selain membersihkan permainan anak serta lantai rumah, terutama di tandas,” katanya.

Mengulas lanjut Dr Noor Hisham berkata, sebagai langkah proaktif mengekang penularan penyakit berjangkit, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui aplikasi MySejahtera, sudah mengaktifkan ciri terbaharu pengesanan penyakit berjangkit bagi mengesan kes selain COVID-19, seperti Rabies, denggi dan demam campak.

“Ciri ini boleh membantu orang awam untuk menyemak status titik merah dan pelaporan kes penyakit berjangkit di sesebuah kawasan, selain membantu mereka menjalankan aktiviti harian serta merancang perjalanan secara lebih berhati-hati,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, sebanyak 1,074 kes denggi direkodkan pada ME ke-19, iaitu peningkatan 365 kes atau 51.5 peratus daripada jumlah kes dilaporkan pada ME sebelumnya (709 kes).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes denggi dilaporkan sehingga kini adalah 14,725 kes, berbanding 10,139 kes bagi tempoh sama tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 4,586 kes atau 45.2 peratus,” katanya.

Terengganu, katanya, mencatatkan peningkatan peratusan kes denggi paling tinggi dengan 164.7 peratus, diikuti Labuan (150 peratus), Kedah (137.8 peratus), Negeri Sembilan (71.4 peratus), Selangor (42.6 peratus), Sabah (40.8 peratus), Kelantan (27.1 peratus), Perak (26.4 peratus), Kuala Lumpur dan Putrajaya (14.3 peratus), Sarawak (13.7 peratus) serta Pulau Pinang (3.4 peratus).

“Perlis, Melaka, Johor dan Pahang pula mencatatkan penurunan peratusan kes, manakala jumlah kumulatif kematian direkodkan akibat denggi pada ME ke-19 adalah sembilan kematian,” katanya. - Getaran, 17 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Kingu Ginseng Candy: Lazada Diarah Padam Kandungan Iklan, Henti Penjualan 

2

Semasa 2 minggu yang lalu

‘Beni Koji Choleste Help’ Tidak Berdaftar Di Malaysia - NPRA

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Operasi Rokok: KKM Keluar 214 Notis Bernilai Lebih RM54,000

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Beras Yang Dibuang Di Temerloh Sudah Rosak – KPKM

oleh Fida Ruzki

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

oleh Wartawan Getaran

Sukan 15 jam yang lalu

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

Semasa 15 jam yang lalu

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa