web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Ibrahim Cadang Kerajaan Johor Hidupkan Kembali JVF

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2021 8:15AM

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menghidupkan kembali pasukan sukarelawan Johor Volunteer Force (JVF) yang pernah ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Ibrahim pada tahun 1905.

Baginda bertitah sebagai langkah permulaan, semua pegawai tadbir negeri Johor perlulah diserapkan di bawah JVF dan diberikan latihan asas ketenteraan bersama Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

“Ini bertujuan menambah kecergasan dan memperkasa disiplin pegawai-pegawai kerajaan. Sehubungan itu juga, pegawai berkenaan boleh memakai uniform JVF semasa bertugas atau menghadiri majlis bersesuaian. 

“Ini secara tidak langsung akan meningkatkan imej dan penampilan pegawai tersebut,” titah baginda menerusi hantaran di laman Facebook Royal Press Office (RPO) di sini hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Pelancaran Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (JCS) dan sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) serta Perjanjian Kerjasama yang berlangsung hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, bersempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi baginda.

Turut berangkat ke majlis itu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sementara itu, mengenai Akademi JCS, Sultan Ibrahim bertitah penubuhannya merupakan satu langkah strategik bagi meningkatkan kecekapan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri.

Selain memberikan ilmu baharu, baginda bertitah akademi itu juga harus memberikan pendedahan dan pengajaran mengenai kes-kes mahkamah yang merugikan kerajaan akibat tindakan dan keputusan yang silap, serta perjanjian yang berat sebelah supaya kesalahan sedemikian tidak berulang lagi.

Baginda berharap akademi ini akan menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan peningkatan mutu perkhidmatan awam negeri.

“Penubuhan Akademi JCS ini adalah tepat pada masanya. Ia perlu berfungsi sebagai sebuah badan perkembangan ilmu untuk melahirkan kakitangan kerajaan yang mahir dalam bidang pengurusan dan pembentukan dasar negeri,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah melalui jalinan kerjasama dengan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta badan profesional, diharapkan akademi ini mampu memberi nilai tambah kepada peningkatan ilmu pengetahuan dan perkongsian pengalaman dalam pelbagai bidang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kad Ucapan Aidilfitri Yang Diterima Akan Dibalas - Agong

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Lagi Menghadap Sehingga 31 Januari - Sultan Ibrahim

3

Semasa 2 tahun yang lalu

'Hiduplah Ikut Kemampuan Masing-Masing, Jangan Terjebak Dengan Rasuah' - Sultan Ibrahim

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Perlu Perhalusi Kesan Tarik Balik Rayuan Kalimah Allah

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad