web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Perhalusi Kesan Tarik Balik Rayuan Kalimah Allah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 5:30PM

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan disaran untuk memperhalusi dengan cermat dan sebaiknya kesan tindakan menarik semula rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan isu kalimah Allah.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, langkah itu perlu dilakukan berikutan ia berkait rapat dengan isu yang berada dalam sempadan agama dan sentimen umat Islam negara ini.

Titah baginda, peraturan, tindakan kawalan, penguatkuasaan dan penyelarasan mengenai kalimah ALLAH perlu diperincikan tanpa menjejaskan fatwa dan enakmen negeri agar keharmonian dan perpaduan masyarakat majmuk akan terus terpelihara.

“Saya tetap berpendirian bahawa penerbitan, percetakan, penyiaran dan pengedaran sebarang bahan yang mengelirukan rakyat, terutamanya umat Islam, tidak akan dibenarkan di Johor selari dengan kedudukan Islam di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895.

“Di Johor, fatwa yang diwartakan pada 4 Jun 2009 jelas menyatakan, penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak dibenarkan, ditegah dan dilarang.

“Johor juga mempunyai Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1991 yang melarang penggunaan kalimah yang dikhususkan secara eksklusif untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kecuali dalam keadaan atau amalan yang dibenarkan oleh perundangan, seperti dalam seni kata Lagu Bangsa Johor,” titah baginda menerusi kenyataan di Facebook rasmi Sultan Johor, hari ini.

Sebelum ini, Getaran melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah 'Allah’ dan tiga perkataan Arab lain, iaitu ‘Baitullah’, ‘Solat’ dan ‘Kaabah’ dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021, selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 18 April lalu.

Semalam, kerajaan tetap berpendirian bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam penerbitan oleh orang bukan Islam di Semenanjung, kecuali di Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan oleh penganut Kristian, juga tidak bercanggah dengan keputusan Majlis Raja-Raja.

Beliau turut menafikan dakwaan kerajaan tidak berunding dengan Majlis Raja-Raja sebelum menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Perdana Menteri berkata, perkara itu dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kemudian memberi pandangan supaya semua keputusan harus terikat dengan keputusan Majlis Raja-Raja iaitu Allah tidak boleh digunakan di Semenanjung dan kelonggaran diberikan di Sabah dan Sarawak.

“Jadi, tidak timbul sama sekali soal tidak dirujuk dan keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri pada 7 Februari adalah memperaku.

“Ini diminit dalam Mesyuarat Majlis Jemaah Menteri memperaku keputusan dan nasihat Yang di-Pertuan Agong selari dengan keputusan Majlis Raja-Raja iaitu nama Allah tidak boleh digunakan walaupun ada pandangan-pandangan peribadi yang lain,” katanya ketika Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat. - Getaran, 24 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Status Agama Islam: Mahkamah Tolak Rayuan Wanita

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kad Ucapan Aidilfitri Yang Diterima Akan Dibalas - Agong

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad