Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Haram Guna Duit Raya Anak Sesuka Hati, Jika Terguna Bayar Semula

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2022 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiap kali Aidilfitri menjelma, kanak-kanak ialah golongan paling gembira dan teruja, memandangkan mereka akan menerima duit raya daripada ibu bapa, sanak saudara serta kenalan keluarga.

Hasil duit raya itu biasanya diambil ibu bapa untuk disimpan di dalam tabung, akaun pelaburan atau sebahagiannya mahu digunakan anak itu sendiri bagi membeli barangan diidamkan.

Bagaimanapun, sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai perkongsian ibu bapa yang sanggup menggunakan duit raya anak mereka untuk membeli barangan keperluan kanak-kanak itu, seperti susu, lampin pakai buang dan makanan.

“Apa salahnya, barang dibeli ini untuk keperluan dia juga”, antara alasan diberikan ibu bapa berkenaan.

Tinjauan Getaran di media sosial mendapati, segelintir netizen menempelak tindakan ibu bapa terbabit, tetapi ada pula berpendapat ia bukan satu kesalahan.

“Boleh guna tapi kena minta izin anak, pernah tengok ustaz mana bagi tahu pasal ni raya tahun lepas ke bila, betul tu mak pak susah terpaksa pakai duit anak, bukan sengaja tapi terpaksa, saya pun halalkan je mak ayah dulu guna duit raya saya, faham mak ayah dulu susah kerja kampung je,” ciap @Mast851.

Parents (ibu bapa) sebenarnya tak boleh guna duit anak, haram. Some (sesetengah) parents tak tahu pasal ni, selamba je beli pampers/makanan guna duit anak padahal tu tanggungjawab parents,” komen @nbraysmn.

Depends (bergantung) juga pada yang memberi. Kalau saya beri, mmg general expect untuk dimanfaatkan pada anak tu, baik disimpan atau sehari-harian. Lainla kalau yang memberi tu memang dah amanahkan untuk disimpan,” kata @Ahmad_arcana

“Duit raya anak-anak bukan untuk kau guna. Simpan dalam ASB (Amanah Saham Bumiputera) atau TH (Tabung Haji). Kalau tak ada pergi buat. Itu duit mereka di masa depan,” tulis @MehmedAezhad.

“Kan padahal duit anak tu berapa la sangat, nak juga ambil, lain la sekali raya anak dapat RM5k (ribu) or (atau) ada parents guna alasan pinjam nanti masukkan balik, selalu sangat i baca nak pinjam duit raya anak,” menurut @Aneliseceu.

Berdasarkan kenyataan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, jumhur (majoriti) fuqaha’ di dalam mazhab asy-Syafie, Hanafi dan Maliki berpendapat, ayah tidak boleh mengambil harta anaknya kecuali dalam keadaan yang memerlukan sahaja.

Pendapat itu berdasarkan hadith Nabi SAW bahawa tidak boleh diambil harta seseorang dengan sewenang-wenangnya.

Manakala, menurut Tuhfat al-Ahwazi, fuqaha’ dalam mazhab Hanbali berpendapat, seorang ayah berhak untk mengambil harta anaknya secara mutlak, sama ada anaknya masih kecil mahupun sudah besar, namun dengan 2 syarat, iaitu tidak memberi mudarat kepada anaknya dan tidak mengambil sesuatu yang menjadi keperluannya.

Pada masa sama, ayah terbabit tidak mengambil harta seorang daripada anaknya dan memberikannya kepada anak lain.

Selain itu, pendapat jumhur (majoriti) ulama’ mengatakan, ayah tidak boleh mengambil harta anaknya dengan sewenang-wenangnya dan hanya dibenarkan jika dalam keadaan memerlukan sahaja adalah lebih tepat dari segi penghujahan dan objektif syara’, malah hukum berkenaan juga terpakai untuk ibu kepada anak tersebut.

Kesimpulannya, ibu bapa tidak boleh menggunakan duit anak-anak mereka dengan sewenang-wenangnya kecuali dalam keadaan yang memerlukan sahaja.

Jika ibu bapa sudah menggunakan harta anak dalam perkara tidak menjadi keperluan, maka wajib ke atas ibu bapa untuk menggantikannya kembali.

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus menerusi kenyataannya pula memaklumkan, hukum menggunakan duit raya anak adalah seperti konsep berhutang, sama seperti menggunakan duit orang lain.

“Patutnya anak-anak dapat duit raya, ibu bapa simpankan, bukan guna.

“Ini bapa cukai jalan motor mati, ambil guna duit anak dan minta halal, mana boleh, anak tak baligh lagi, tak ada hak nak izinkan,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya ibu bapa sudah terguna duit anak-anak, mereka wajib menggantikan.

“Dah guna wajib ganti, kalau tak ganti haram, dosa,” ujarnya.

Senada dalam hukum membabitkan isu berkenaan adalah mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menegaskan, ibu bapa tidak boleh menggunakan duit anak mereka dengan sewenang-wenangnya kecuali dalam keadaan memerlukan sahaja.

“Jika ibu bapa menggunakan harta anak dalam perkara yang tak menjadi keperluan, wajib ke atas ibu bapa untuk ganti kembali,” kata Ahli Dewan Negara itu menerusi kenyataannya sebelum ini. - Getaran, 11 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Rencana 4 bulan yang lalu

Apa Yang Perlu Ibu Bapa Tahu Mengenai Tak Tolerans Laktosa

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Remaja Dirogol: Henti Spekulasi, ‘Ia Boleh Keruhkan Keadaan’

3

Semasa 1 tahun yang lalu

30 Peratus Mykid Siap Tidak Dituntut Ibu Bapa, Penjaga - Saifuddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengumpulan Ilmu Wajib Jadi Budaya Teroka Bina Otak Dan Watak - Fadhlina

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Sukan 5 jam yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024

Semasa 1 hari yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Semasa 1 hari yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 5 jam yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM