Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Apa Yang Perlu Ibu Bapa Tahu Mengenai Tak Tolerans Laktosa

Rencana Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 4:08PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak tolerans laktosa adalah satu keadaan gastrousus biasa yang disebabkan ketidakupayaan untuk mencerna dan menyerap laktosa pemakanan, kata Pakar Perunding Pediatrik dan Gastroenterologi & Hepatologi Pediatrik Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Ong Sik Yong.

Beliau berkata, laktosa adalah karbohidrat utama dalam susu badan manusia dan juga susu lembu dan juga terdapat dalam banyak produk tenusu lain seperti keju dan yogurt dan laktosa yang diambil manusia perlu diuraikan menerusi hidrolisis oleh enzim laktase yang terikat pada membran usus kecil sebelum ia diserap.

Dr Ong berkata, jika seorang bayi itu mengalami masalah seperti cirit-birit, menangis berpanjangan atau hilang selera selepas menyusu, maka ibu bapa perlu berjaga-jaga kerana mungkin bayi itu mengalami masalah tak tolerans terhadap laktosa.

Beliau berkata, bayi sebenarnya tidak menyerap semua laktosa yang dicerna daripada susu ibu (malserapan laktosa secara fisiologi).

“Laktosa malserapan ini, kemudiannya terperam di dalam kolon menjadi asid lemak rantai pendek, hidrogen, karbon dioksida dan metana dan ditukar menjadi asid laktik oleh bakteria enterik (Streptokokus laktis dan lain-lain) serta menjadi prebiotik dalam usus kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Ong berkata, peningkatan Bigidobacteria (bakteria usus baik) dan kepekatan asid lemak rantaian pendek, memberikan kesan perlindungan yang penting terhadap integriti mukus kolon dan bermanfaat untuk perkembangan imun awal.

“Bayi yang baru lahir, secara semula jadi menghasilkan laktase yang mencukupi untuk mencerna kira-kira satu liter susu ibu setiap hari, dan dalam kebanyakan populasi, paras laktase akan menurun selepas bercerai susu (laktase tidak kekal). Kira-kira 70 peratus daripada populasi dunia dipengaruhi oleh laktase tidak kekal, yang menyebabkan keadaan tak tolerans laktosa primer,” kata Dr Ong dan menambah secara amnya, ia tidak berlaku pada kanak-kanak di bawah usia lima tahun.

Tambahan pula, beliau berkata, tak tolerans laktosa pada kanak-kanak kecil, dikatakan biasanya disebabkan oleh masalah lain pada usus seperti jangkitan usus, alahan susu lembu, penyakit seliak atau radang usus.

“Kebiasaannya ia bersifat sementara dan akan beransur hilang apabila keadaan patologi usus menjadi semakin baik,” katanya.

Dr Ong berkata, menurut satu kajian, anggaran kelaziman untuk tak tolerans laktosa primer disebabkan oleh laktase tidak kekal adalah dua hingga lima peratus di Eropah Utara (Skandinavia, Jerman dan Great Britain), 17 peratus di Finland dan Perancis Utara, kira-kira 50 peratus di Amerika Selatan dan Afrika, manakala Asia Tenggara mencatatkan antara 90 hingga 100 peratus.

Beliau berkata, kanak-kanak yang mengalami tak tolerans laktosa mempunyai satu atau lebih simptom usus atau luar usus apabila mengambil makanan mengandungi laktosa, yang antara lain seperti perut tidak selesa, kembung, kentut dan/atau cirit birit ,dan pada kebiasaannya simptom ini bermula kira-kira 30 minit ke dua jam selepas pengambilan.

Ini termasuklah najis bayi tersebut mempunyai pH yang rendah (kurang dari 5.5) dan boleh menyebabkan kerengsaan kulit perianal dan ekskoriasi (luka melecet pada kulit sekeliling dubur).

Dr Ong berkata, biasanya keadaan tersebut berlaku, selepas kanak-kanak mengalami gastroenteritis akut, iaitu mereka tidak mampu mencerna laktosa buat sementara waktu. Bagaimanapun, dalam kebanyakan keadaan, bayi tetap boleh menyusu seperti biasa.

“Hanya apabila berlaku simptom yang progresif atau teruk seperti ekskoriasi perianal, kanak-kanak itu mungkin perlu berhenti menyusu susu ibu buat sementara waktu, namun ibunya masih boleh terus mengeluarkan susu badan untuk mengekalkan laktasi.

“Bayi dengan tak tolerans laktosa sementara boleh diberikan susu bebas laktosa atau susu soya untuk satu atau dua minggu sehingga mereka pulih,” katanya.

Dr Ong berkata, bagi tak tolerans laktosa primer pada kanak-kanak, keadaan ini biasanya hanya berlaku selepas kanak-kanak itu mencapai usia lima tahun, tetapi ia juga boleh berlaku seawal usia dua tahun.

Beliau berkata, apabila ini berlaku, simptom tersebut hanya boleh dikawal dengan mengehadkan pengambilan laktosa dalam diet mereka, dan ibu bapa perlu sentiasa peka dengan keperluan pemakanan anak mereka.

“Kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda tak tolerans laktosa hanya boleh diberikan produk tenusu dengan kandungan laktosa lebih rendah secara semula jadi dan selepas mengehadkan pengambilan makanan berlaktosa dalam tempoh tertentu, mereka boleh mengambil semula makanan dan minuman yang mengandungi laktosa dalam jumlah yang kecil,” katanya. 

Dr Ong berkata, kanak-kanak dengan tak tolerans laktosa masih perlu mengambil produk tenusu dalam diet mereka dalam kuantiti yang sedikit, kerana susu dan produk tenusu lain merupakan sumber utama kalsium dan vitamin D.

Oleh sebab itu, beliau berkata, adalah penting untuk memastikan kanak-kanak ini mengambil makanan lain yang kaya dengan nutrien itu seperti ikan bertulang lembut dan boleh dimakan (salmon dan sardin) serta sayuran berdaun hijau, kerana mereka memerlukan kalsium dan vitamin D untuk pertumbuhan tulang mereka. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Cakna Media Sosial: Anak-Anak Perlu Pendedahan Awal Pendidikan Digital 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak 3 Tahun Korban Kedua Strok Haba

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

4

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Jangan Lupa Selalu Doakan Papa Ye Dik

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Harta Intelek: Ada Kesedaran Tapi Masih Ada Yang Suka Curi Dan Ciplak