web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak 3 Tahun Korban Kedua Strok Haba

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2024 12:56PM

Jumlah kes kumulatif bagi penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 37 kes - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu kes kematian baharu akbat strok haba dilaporkan berlaku minggu ini menjadikan kes kematian berkaitan cuaca panas kepada dua orang, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Berdasarkan laporan ringkas status cuaca panas oleh NADMA bertarikh 4 April, kematian baharu pada 1 April itu melibatkan kanak-kanak berusia tiga tahun di Kelantan.

Kematian pertama melibatkan individu berumur 22 tahun di Pahang pada 2 Februari lepas.

"Pemantauan sehingga 3 April mendapati jumlah kes kumulatif bagi penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 37 kes dengan pecahan 10 kes strok haba, kes kelesuan haba (26 kes) dan kes kejang haba (satu kes).

"Terdapat dua kes masih mendapat rawatan di hospital, iaitu masing-masing satu kes strok haba yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kes kelesuan haba di wad biasa. Kes lain telah mendapat rawatan dan sembuh," menurut laporan itu yang memetik sumber Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagi pecahan mengikut negeri, Perak dan Kedah masing-masing merekodkan lapan kes, Johor (lima), Negeri Sembilan (empat), Sabah (empat), Selangor (tiga), Perlis (dua) dan masing-masing satu kes di Pahang, Pulau Pinang dan Kelantan.

Memetik sumber Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), NADMA melaporkan setakat semalam enam empangan menunjukkan stok bekalan air pada paras amaran dengan tiga daripadanya di Kedah iaitu Empangan Muda (39.12 peratus), Empangan Malut (35.70 peratus) dan Empangan BS Padang Saga (41.29 peratus).

Empangan lain ialah Empangan Sembrong Barat, Johor (31.51 peratus), Empangan Air Hitam di Pulau Pinang (34.60 peratus) serta Empangan Timah Tasoh di Perlis (56.46 peratus).

NADMA juga melaporkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan dua hebahan ramalan kemarau bagi dua lembangan sungai pada 1 April lepas iaitu Lembangan Sungai Muda di Kedah dan Lembangan Sungai Kelantan, Kelantan.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) pula melaporkan tiga kawasan merekodkan kualiti udara tidak sihat bagi tempoh 1 April hingga semalam, iaitu Kimanis di Sabah dan Balok Baru di Kuantan serta Rompin, kedua-duanya di Pahang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar