web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cakna Media Sosial: Anak-Anak Perlu Pendedahan Awal Pendidikan Digital 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2024 10:12PM

Siraj Jalil - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kanak-anak perlu diberikan pendedahan awal kepada pendidikan digital bagi memastikan mereka cakna mengenai kebaikan dan keburukan serta kesan penggunaan siber termasuk media sosial, selain memahami etika penggunaan medium berkenaan.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata langkah itu antara lain dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman kanak-kanak mengenai penggunaan teknologi siber, seterusnya menghindarkan golongan itu daripada terdedah kepada aktiviti jenayah dalam talian seperti penipuan.

"Yang paling utama adalah pendidikan, dengan pendidikan digital di sekolah, apa sahaja yang Kementerian Komunikasi cadangkan untuk kebaikan pengguna - ia lebih mudah dihadam, difahami dan diaplikasikan oleh masyarakat.

"Melalui pendidikan, anak-anak di sekolah diajar mengenai baik buruk tentang penggunaan digital ini dan mereka boleh menjadi perantara bagi menyampaikan maklumat yang dipelajari di sekolah kepada ibu bapa," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pendidikan di sekolah dan pendidikan tidak formal di rumah mengenai penggunaan siber juga perlu selari memandangkan kanak-kanak lebih terdedah kepada penggunaan media sosial ketika berada di rumah, justeru ibu bapa dan penjaga perlu mengawal pendedahan teknologi itu kepada anak-anak.

Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) dalam kenyataan hari ini turut menyarankan ibu bapa dan penjaga supaya memastikan kanak-kanak hanya diberikan akses kepada peranti dan kandungan di Internet dengan pengawasan dan pemantauan sewajarnya.

Menyokong penuh seruan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang menyampaikan amaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) kepada ibu bapa bagi memastikan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tidak memiliki akaun media sosial sendiri, CMCF menggalakkan ibu bapa menyedari risiko dan bahaya yang wujud di media sosial terutamanya terhadap kanak-kanak.

"Adalah penting untuk ibu bapa berkomunikasi secara terbuka dengan anak-anak tentang penggunaan media sosial dan memastikan mereka memahami langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil," katanya.

Menurut CMCF, langkah itu penting kerana kanak-kanak di bawah umur 13 tahun mungkin tidak memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dalam menggunakan media sosial.

Katanya, tanpa pengawasan betul mereka boleh menjadi mangsa kepada aktiviti tidak selamat seperti penipuan, keganasan siber atau pergaulan memudaratkan.

"Media sosial mungkin memberi tekanan kepada anak-anak yang masih belum matang atau berupaya mengawal emosi mereka dengan baik. Pendedahan kepada kandungan tidak sesuai boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan emosi dan psikologi mereka," katanya.

Menurut CMCF, kanak-kanak lebih cenderung berkongsi maklumat peribadi secara terbuka di media sosial kerana mereka belum memahami bahaya dan risiko bakal timbul dan perkara itu boleh mengakibatkan pencerobohan privasi atau perkongsian maklumat kepada mereka yang berniat jahat.

Semalam, Fahmi dilaporkan berkata MCMC mendapati bahawa kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak sesuai untuk menggunakan mana-mana media sosial dan kebanyakan syarat platform media sosial juga tidak membenarkan golongan tersebut memiliki akaun. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 33 minit yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran