web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mee Goreng Bangkok Lane Terpaksa Cari Tapak Baru Akibat Perselisihan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2021 3:28PM

Gerai Bangkok Lane Mee Goreng di Pulau Tikus beroperasi di tempat yang sama selama 76 tahun selepas diwarisi daripada ayah ke anak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Perselisihan faham antara penjaja Mee Goreng Bangkok Lane dengan pemilik kedai kopi telah berubah susulan keputusan mereka untuk beroperasi hanya tiga hari seminggu.

Anak perempuan pemilik gerai Mahboob Md Zakarih iaitu Sameema berkata, kedai kopi itu hanya dibuka selama tiga daripada enam hari, selama tiga minggu terakhir ini sedangkan mengikut perjanjian ia hanya ditutup setiap Isnin.

Apabila kedai kopi itu ditutup, semua penjaja di situ tidak boleh beroperasi.

Menurut Sameema, operasi kedai kopi itu tidak konsisten dan bapanya perlu membuka gerai enam hari seminggu, untuk memaklumkan kepada pelanggan langkah seterusnya dan untuk mencari rezeki, katanya kepada The Vibes.

Mahboob telah menerima lanjutan enam bulan dalam perjanjian itu yang memberikan masa kepadanya untuk mencari tempat lain selepas hubungannya dengan operator kedai itu semakin buruk.

Sameema berkata, bapanya akan menghubungi Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk mendapatkan permit penjaja bagi membolehkan beliau beroperasi di luar kedai kopi itu dan pada masa sama membuka meja.

“Kami terus berada dalam keadaan yang sukar. Ayah saya mahukan kestabilan kerana beliau perlu memaklumkan pelanggannya. Dan dengan pandemik yang berterusan, ia sesuatu yang sukar bagi keluarga kami,” katanya.

Rayuan Mahboob itu mendapat perhatian ramai selepas beliau diminta mengosongkan premisnya pada 1 Mac lalu.

Walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chris Lee Chun Kit cuba membantu namun beliau hanya boleh menolong mendapatkan tapak lain dan perkara berkenaan adalah perselisihan peribadi.

Chris berkata, Mahboob boleh memilih mana-mana pusat penjaja yang dikendalikan oleh kerajaan negeri atau berunding dengan pengusaha kedai kopi di sekitarnya yang berminat untuk menawarkan tempat berniaga kepadanya.

“Lagipun beliau adalah penjaja terkenal,” katanya.

Bagaimanapun, Mahboob  terpaksa bergelut untuk mendapatkan tempat baharu disebabkan kadar sewa yang tinggi di kawasan itu.

Pulau Tikus mempunyai reputasi kos yang tinggi di Pulau Pinang selepas Tanjung Bungah dan Tanjung Tokong.

Pemilik kedai kopi itu tidak dapat dihubungi untuk mengulas tentang isu tersebut.

Gerai berkenaan beroperasi di tempat sama selama 76 tahun dan Mahboob mewarisinya perniagaan daripada bapanya.

Keluarga Mahboob mendapat notis memaklumkan mereka perlu berpindah dalam waktu kurang dari sebulan dan ia disifatkan oleh Mahboob sebagai sesuatu yang sukar kerana terpaksa mencari tapak baharu dalam waktu yang singkat ini, apatah lagi di tengah pandemik dan ekonomi yang lembab. - Getaran 23 Mac 2021.

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

2

Politik 2 tahun yang lalu

Politik Negara Stabil, Berjaya Tarik Pelabur Asing - PM

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Galeri Haji Pulau Pinang Diiktiraf MBOR Sebagai Galeri Haji Pertama Malaysia

4

Sukan 3 tahun yang lalu

JDT Selesaikan Pusingan Pertama Liga Super 2023 Dengan Rekod Bersih

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar