web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pandemik Bukan Halangan, Sindiket Judi Dalam Talian Terus Aktif

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2022 9:00AM

SAC Mohamad Noor Yusof Ali (tengah) berkata, sindiket judi kekal aktif walaupun pergerakan terbatas disebabkan pandemik COVID-19.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak dua tahun lalu, tidak menghalang kaki judi ‘melampiaskan’ nafsu mereka untuk bertaruh, sama ada secara fizikal mahu pun maya.

Ini terbukti apabila statistik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menunjukkan seramai 29,834 individu ditahan dalam 20,718 Op Dadu yang dilancarkan sepanjang tahun lalu.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mohamad Noor Yusof Ali berkata, berdasarkan statistik, jumlah serbuan tertinggi yang dicatatkan pada tahun lalu adalah membabitkan loteri awam tanpa lesen iaitu sebanyak 11,481.

Menurutnya, serbuan membabitkan judi dalam talian pula adalah kedua tertinggi pada tahun sama iaitu sebanyak 7,543 diikuti catit taruh (587), judi dalam bangunan (447), judi luar bangunan (367) dan calling center (292).

“Secara keseluruhannya, jumlah wang yang dirampas adalah hampir RM9 juta namun jumlah tersebut menunjukkan penurunan berbanding tahun 2020 dengan rampasan sebanyak RM9.2 juta.

“Berdasarkan pemerhatian kita, jumlah wang yang dirampas tersebut menurun berikutan trend terkini kaki judi yang sudah beralih dengan membuat taruhan menggunakan judi dalam talian,” katanya kepada Getaran.

Mohamad Noor berkata, berbeza dengan judi konvensional, judi dalam talian memerlukan kaki judi untuk memindahkan wang terus kepada sindiket menggunakan aplikasi perbankan.

“Sindiket mengambil kesempatan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi mengubah modus operandi mereka.

“Akibat pandemik COVID-19, trend kaki judi juga berubah, mereka lebih cenderung bertaruh menggunakan aplikasi judi dalam talian kerana pertaruhan secara fizikal tidak dapat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, selepas pelaksanaan PKP ditamatkan, sindiket perjudian dalam bangunan dilihat cuba untuk kembali aktif dengan pelbagai modus operandi baharu.

“Sebagai contoh, pada 16 April lalu, kita membongkar modus operandi sindiket judi yang menyewa ruangan pejabat di bangunan bertingkat dan berselindung di sebalik nama syarikat perniagaan bagi menggerakkan operasi mini kasino.

“Semua itu antara cabaran yang perlu dihadapi oleh polis untuk membendung kes-kes membabitkan judi di negara,” katanya. - Getaran, 9 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 300 Juta Kanak-Kanak Berdepan Deraan Seksual Dalam Talian Setiap Tahun

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

4

Semasa 2 tahun yang lalu

12 Lelaki Dicekup, Leka Main Judi ‘Pai Gow’

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad