web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Periksa Status Produk Kesihatan Dengan KKM, Elak Promosi ‘Ubat Penyakit Terlarang’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2022 9:00AM

Dr Rafidah Abdullah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 menetapkan 20 penyakit yang tidak boleh diiklankan sebagai tuntutan perubatan, malah menjadi kesalahan sekiranya mana-mana pihak berbuat demikian.

Penyakit itu adalah buah pinggang, jantung, batuk kering, kencing manis, darah tinggi, urat saraf, venerus, lemah fungsi seks, frigiditi dan kemandulan.

Selain itu, kusta, mata, pekak, kanser, hernia, asma/lelah, sakit mental, sawan, lumpuh dan ketagihan dadah.

Justeru, Pakar Perunding Perubatan dan Buah Pinggang, Dr Rafidah Abdullah berkata, mana-mana pihak, termasuk artis, selebriti serta agamawan diingatkan memeriksa dahulu sama ada produk kesihatan ingin diiklankan dan dijual adalah membabitkan ‘penyakit terlarang’ atau sebaliknya.

“Saya tidak akan teragak-agak membetulkan fakta dan maklumat kesihatan agar masyarakat Malaysia lebih peka di media sosial.

“Jadi, sebelum anda bersetuju menerima bayaran menjadi duta produk, sila periksa dahulu. Kalau ‘produk kesihatan’, saya sarankan jangan terjebak,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dr Rafidah berkata, walaupun produk kesihatan itu dihasilkan pegawai perubatan, ia menjadi kesalahan untuk diiklankan atau dijual.

“Tidak kira siapa founder (pengasas). Ingat, doktor perubatan tidak boleh jadi founder apa-apa ya,” katanya.

 

Kepada semua artis, selebriti, para agamawan (dan yang sewaktu dengannya) yang saya hormati, Saya tidak akan...

Posted by Rafidah Abdullah on Thursday, May 5, 2022

Pada masa sama, Dr Rafidah meminta masyarakat membaca panduan dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) kerana setiap jenis iklan penjualan produk kesihatan itu, memerlukan nombor kelulusan Lembaga Iklan dan Ubat (LIU).

“Tengok satu pun yang berlegar di media sosial tak ada pun nombor LIU. Rata-rata salah dari segi Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.

“Kepada masyarakat yang sudah tertipu, simpan semua bukti. Saya ada ramai rakan peguam yang boleh menolong proses saman di mahkamah. Saya nasihatkan semua hati-hati,” katanya.

Perkongsian Dr Rafidah menerima 9,700 tanda suka, 597 komen dan 3,600 perkongsian setakat ini.

Malah, kebanyakan pengikut laman media sosial beliau itu bersetuju dengan  kenyataannya dan merakamkan penghargaan terhadap keprihatinannya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung perkara terbabit.

“Terbaik dr, kami memerlukan dr untuk memperbetulkan kami,” kata Irfaan Yusuf.

“Sudah lama hal ini berlarutan tapi tidak ada apa-apa pun tindakkan, masyarakat sudah lama disajikan hal ini,” komen Shahrizal Yahaya.

“Stesen radio dan TV juga jangan bersubahat dalam mempromosi produk ni semata-mata mengejar keuntungan dari iklan. Rakyat percaya dan terima kesan buruknya,” coret Zaki Zamani Abd Rashid.

“Good sharing (perkongsian yang baik) doktor mudahan ayah ibu kita tak terjebak dengan iklan yang overclaim,” tulis Norasikin Ibrahim.

“KKM tak buat apa-apa tindakan ke pada yang jelas melanggar akta ubat ni? Selagi tak saman, menjadi-jadi pula dia orang ni memperbodoh masyarakat,” menurut Norashikin Abdul Rahim.

Terdahulu, menerusi laman Twitter, Dr Rafidah berkongsi iklan produk minuman kesihatan yang kononnya mampu membantu mengurangkan masalah buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan kolesterol.

Iklan berkenaan memaparkan selebriti, Asmawi Ani atau Mawi sebagai duta produk dan turut mempromosikan minuman terbabit dengan mendakwa keluarganya sudah mencuba serta merasai perubahan.

Namun, Dr Rafidah menyelar kenyataan itu sehingga menarik perhatian warga maya.

Beliau meminta penyanyi dan pelakon terbabit memahami panduan dalam pengiklanan produk kesihatan sebelum mempromosikannya.

“Salam Mawi, kenapa perlu menipu pesakit-pesakit kronik saya? Perbuatan ini sudah salah dari segi Akta Iklan dan Ubat 1956.

“Tak payah nak cerita tentang kenyataan yang menipu dan menunggang agama,” ciapnya. - Getaran, 8 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Rugi RM13,000 Akaun Digodam, Dr Rafidah Pertimbang Ambil Tindakan Terhadap CIMB

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Akaun Digodam, RM13,000 Milik Pakar Buah Pinggang Lesap Jam 2 Pagi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Perang’ RUU Tembakau : Dr Rafidah Ajak Syed Saddiq Ronda Wad, ‘Boleh?’

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Selesai Isu Lantikan Doktor Kontrak Secara Baik

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad