Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Perang’ RUU Tembakau : Dr Rafidah Ajak Syed Saddiq Ronda Wad, ‘Boleh?’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 5:35PM

Syed Saddiq - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang bertujuan mewujudkan Generasi Penamat (GEG) atau individu lahir 1 Januari 2007 dan seterusnya bebas merokok semakin hangat diperdebatkan di media sosial.

Biarpun ramai pihak termasuk agamawan menyokong RUU itu diluluskan, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara yang meluahkan kebimbangan mengenai pelaksanaan GEG.

Menurut Syed Saddiq, larangan itu akan menjejaskan peniaga dan peruncit kecil di mana penjualan rokok merangkumi 25 peratus daripada keuntungan mereka.

Beliau berkata, RUU itu juga secara tidak langsung akan menggalakkan lebih banyak larangan berdasarkan aspek moral dan agama, selain memburukkan lagi isu rokok seludup.

Syed Saddiq yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menegaskan, beliau hanya akan menyokong RUU itu jika berpuas hati dengan penjelasan mengenainya di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, menerusi satu video yang dimuatnaik di Twitternya, beliau turut meminta pandangan orang ramai mengenai kewajaran kerajaan menjenayahkan kumpulan vape, perokok, cigar dan shisha.

“Persoalannya adakah layanan dua darjat dan budaya duit kopi akan berleluasa selepas ini?

“Saya ingin membawa suara anda ke Parlimen. Tolong share dan komen, I’m listening (saya mendengar suara anda),” katanya.

Ciapan tersebut turut mendapat perhatian Pakar Perunding Perubatan dan Buah Pinggang, Dr Rafidah Abdullah yang secara terbuka mengajak Syed Saddiq melakukan rondaan di wad hospital.

“Jom Syed Saddiq ikut buat ward rounds di hospital? Sama juga kepada mana-mana Ahli Parlimen yang bercadang untuk tidak bersetuju,” katanya.

Kurang tempoh 24 jam, Syed Saddiq dalam nada sinis memberitahu bersetuju dengan pelawaan tersebut.

“Boleh Dr. Lepas lawatan, saya atur pula perjumpaan Dr dengan mangsa salah guna kuasa yang kena peras duit kopi, dihumban lokap kerana menyoal penguatkuasa,” sindirnya.

Jelas Syed Saddiq, beliau tidak menyokong amalan tidak sihat itu tetapi meminta agar kerajaan mengkaji semula pelaksanaan GEG.

“Saya minta kaji semula, bukan bermakna saya nak orang bebas merokok. Jangan ‘guilt trip’ orang yang mahu melihat penguatkuasaan undang-undang lebih baik,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pakar Perubatan Respiratori Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Helmy Haja Mydin menerusi satu ciapan di Twitter semalam turut mempelawa Ahli Parlimen ‘TikTok’ untuk melawat wad kanser.

“Esok (hari ini) adalah Hari Kanser Paru-Paru sedunia.

“Daripada membuat video TikTok mengelirukan yang menyokong selebriti atau pempengaruh menjaja produk nikotin kepada kanak-kanak, saya ingin menjemput YB (Yang Berhormat) mana-mana yang suka TikTok melawat wad kanser dan membuat video tentang kanser paru-paru tahap akhir disebabkan merokok,” katanya.

Dr Helmy berkata, beliau memahami tindakan mempersoalkan tahap penguatkuasaan akta tersebut tetapi adalah tidak wajar mempertahankan mereka yang mempengaruhi belia untuk ketagih merokok.

Tanpa menamakan mana-mana Ahli Parlimen, beliau menegaskan pemimpin seharusnya mempertahankan hak belia untuk hidup lama dan kekal sihat.

Selain Syed Saddiq, mantan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut menggesa kerajaan supaya menilai semula penguatkuasaan Akta Produk Tembakau dan Merokok secara menyeluruh, sekurang-kurangnya bagi setiap tiga tahun selepas RUU itu diluluskan.

Menurut beliau, langkah tersebut bertujuan mengenal pasti tahap keberkesanan dan impak pelaksanaan undang-undang baharu berkenaan.

Katanya, beliau yang turut menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Kesihatan, Sains dan Inovasi sudah menyatakan pandangan dan input mengenai RUU itu kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Minggu lepas, Khairy membentangkan RUU Kawalan Tembakau dan Merokok, yang bertujuan melarang penjualan rokok, tembakau dan produk vape kepada sesiapa yang dilahirkan selepas 2007.

Malah kelmarin, Khairy berkata, tidak ada rekod jenayah atau hukuman penjara bagi mereka yang melanggar undang-undang GEG, dengan pesalah hanya dikenakan kompaun maksimum RM50.

Khairy turut mendesak RUU itu diluluskan selaras dengan usaha menjadikan Malaysia negara bebas tembakau menjelang 2040.

Katanya, kerajaan akan menanggung belanja RM8 bilion untuk merawat penyakit berkaitan tabiat merokok seperti kanser paru-paru, masalah jantung dan penyakit pulmonari obstruktif kronik menjelang 2030. - Getaran, 1 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

2

Politik 1 bulan yang lalu

Jelajah PN Bukti Syed Saddiq Seorang Oportunis - Sumber

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Isu GEG: AGC Dakwa Konsisten Beri Pandangan Sejak 2022

4

Politik 5 bulan yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Semasa 1 hari yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James

Semasa 17 jam yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

oleh Wartawan Getaran