web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usaha Tangani Masalah Dadah Ditambah Baik, Rang Undang-Undang Baharu Digubal

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2021 7:14PM

Hamzah Zainuddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah memberikan kesan kepada kehidupan seharian manusia dan Malaysia ketika ini masih berusaha membendung penularan, agar tidak menjadi separah negara lain seperti Amerika Syarikat (AS).

Selain ancaman virus berasal dari China itu, kita turut berhadapan masalah penyalahgunaan dadah yang sehingga kini masih gagal diselesaikan sepenuhnya.

Dalam hal ini, dasar dan komitmen negara terhadap usaha menangani permasalahan itu telah dinyatakan secara jelas melalui peruntukan akta-akta berkaitan dadah dan Dasar Dadah Negara.

Dasar terbabit turut memperincikan tanggungjawab dan peranan setiap pihak dalam membantu menangani isu ini secara lebih holistik.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kementerian sudah diberi mandat untuk memantapkan lagi dasar pengalihan penyalahgunaan dadah, membabitkan aspek hukuman penjara, program rawatan dan pemulihan dadah yang sedia ada.

Menurut beliau, proses itu akan dilaksanakan menerusi penggubalan rang undang-undang baharu, dikenali sebagai Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substans bagi menggantikan Akta Penagih Dadah 1983.

“Pengukuhan pendekatan, rawatan dan pemulihan secara sukarela sedia ada perlu dilaksanakan, membabitkan inisiatif penambahbaikan yang akan dibuat melalui Modul Anjakan Kepulihan: Pendekatan Sukarela, dibangunkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

"Dengan adanya modul baharu ini, adalah diharapkan lebih ramai penagih dadah akan tampil secara sukarela untuk mendapatkan rawatan pemulihan," katanya.

Terdahulu, pada tahun 2020, statistik daripada AADK mendapati, Terengganu mencatatkan jumlah penagih dadah tertinggi di diikuti Kelantan dan Pahang.

Jumlah tersebut adalah berdasarkan statistik yang menunjukkan negeri itu mencatat nisbah 916 penagih dadah bagi setiap 100,000 penduduk.

Nisbah kedua tertinggi dicatat di Kelantan, diikuti Pahang dan Perlis manakala Negeri Sembilan mencatatkan jumlah kelima tertinggi.

Umum mengetahui bahawa permasalahan dadah adalah pemula kepada kitaran gejala sosial yang lain seperti kerapuhan institusi rumah tangga, tahap pendidikan yang rendah, jenayah jalanan dan kemiskinan.

Usaha menangani permasalahan ini perlu disertai kerjasama padu semua pihak bagi memastikan ia dapat diselesaikan sedari awal.

Serentak dengan misi sasaran Dadah Terkawal 2025 oleh AADK, semua ahli masyarakat termasuk jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli komuniti akan digerakkan dalam mengawal penularan penagihan dadah menjelang tahun 2025. - Getaran, 21 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 10 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad