web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19 Cambah Nilai Kemanusiaan, Pupuk Sikap Saling Membantu

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2021 9:00AM

Misi bantuan kepada penduduk Sabah yang diuruskan oleh Ebit mendapat perhatian MAS - Gambar Facebook Ebit Lew

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak tahun lalu ternyata melahirkan hikmah tersendiri, apabila semakin ramai tampil menghulurkan bantuan, tanpa mengira agama, bangsa atau kepercayaan.

Bukan sekadar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau badan-badan bebas dan individu perseorangan, tanggungjawab sosial ini turut dipikul oleh konglomerat utama negara, bagi memastikan liputan lebih menyeluruh, khususnya di kawasan pedalaman.

Bercakap mengenai aktiviti kebajikan, nama Ustaz Ebit Liew tidak dapat disangkal berada di senarai teratas, apabila pantas ke depan sebaik khabar duka mengenai pihak yang memerlukan bantuan sampai ke telinganya.

Sebegitu mulia hati pendakwah berketurunan Cina ini, beliau tidak pernah berkira malah bantuan yang disampaikan melangkaui pemberian wang ringgit, apabila ia turut mencakupi pelbagai aspek lain.

Terbaru, aktivis kemanusiaan itu dalam satu hantaran di Facebook menzahirkan rasa terharu, apabila misi bantuan ke Sabah yang digerakkannya baru-baru ini mendapat perhatian Penerbangan Malaysia (MAS), yang bermurah hati menawarkan potongan harga untuk 19 tiket penerbangan ke Negeri Di Bawah Bayu itu.

Menurut Ebit, harga ditawarkan MAS itu jauh lebih rendah berbanding harga asal dan ia amat membantu melicinkan perjalanan misi berkenaan.

“Terharu sangat apabila Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) MAS, Kapten Izham Ismail dan pihak pengurusan menunggu kami seawal subuh. Siap layan saya dan hantar sampai kerusi. Malu rasa, terima kasih MAS Airlines.

“Kami ada berbincang untuk misi lain-lain. MAS akan bersama dalam misi bantuan lain. Mereka benar-benar terkesan dengan COVID-19. Tapi syukur sehingga kini mereka kekalkan semua kru. Bergenang air mata CEO berbual tadi. Katanya semua ini ujian Allah. Kasih sayang Allah," tulis Ebit.

Ebit menerusi perkongsian itu berkata, misi berkenaan membabitkan sumbangan seribu set makanan, seratus kerusi roda, 75,000 keping pelitup muka dan 200 peranti mudah alih jenama Samsung di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Gambar Facebook Ebit Lew
Gambar Facebook Ebit Lew

Dalam perkembangan berkaitan, MAS menerusi satu kenyataan memberitahu, misi itu melibatkan dua penerbangan ke Tawau, melibatkan 18 sukarelawan mewakili Pertubuhan Kasih Umat Malaysia di bawah naungan Ebit.

"Kapten Izham dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Ahmad Luqman Mohd Azmi turut hadir menghantar rombongan itu dalam penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” kata kenyataan itu.

Menurut Kapten Izham, dugaan dan kesukaran cabaran yang dihadapi masyarakat kerana pandemik ini mendorong MAS untuk memainkan peranan sebagai kurier antarabangsa dalam menyokong pelbagai misi kemanusiaan.

“Kami dengan senang hati membantu mereka dalam memastikan keseluruhan koordinasi dan perjalanan berjalan lancar dan selamat,” katanya. - Getaran, 30 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

2

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

3

Semasa 3 hari yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

4

Semasa 4 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad