web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MOT-KWP Cari Penyelesaian Siapkan Jambatan Gantung Monorel Putrajaya

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2022 8:42PM

Dr Mahathir (kanan) menjemput Ka Siong bertemu di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan sedang berusaha mencari penyelesaian untuk menyiapkan kerja projek pembangunan infrastruktur Jambatan Gantung Monorel Putrajaya yang terbengkalai, dengan penyertaan sektor swasta.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong berkata, usaha itu dilaksanakan secara bersama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

Perkara berkenaan dimaklumkan beliau kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ketika dijemput mengadakan pertemuan bersama mantan Perdana Menteri itu di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.

Ka Siong berkata, pada pertemuan kira-kira satu jam itu, Tun Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi membangkitkan mengenai projek Jambatan Gantung Monorel Putrajaya dan terowong terbengkalai kerana ia ‘menyakitkan mata’ apabila tiada sebarang perkembangan.

“Saya memaklumkan kepada Tun Mahathir bahawa secara kebetulan MOT bersama-sama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan, sedang berusaha mencari penyelesaian untuk menyiapkan kerja pembangunan infrastruktur rel yang terbengkalai ini dengan penyertaan sektor swasta.

“Saya juga memaklumkan kepada Tun Mahathir mengenai perkembangan terkini projek pengangkutan awam, termasuklah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Sistem Transit Rapid (RTS), Laluan Transit Aliran Massa (MRT) 2 dan 3,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Ka Siong, beliau ingin menzahirkan terima kasih kepada Tun Mahathir di atas pandangan dan input dikongsikannya mengenai bagaimana kementerian terbabit boleh membangunkan infrastruktur sedia ada, selain memanfaatkannya untuk kemudahan penduduk yang bekerja serta menetap di kawasan berkenaan.

“Saya turut merakamkan penghargaan kepada Tun Mahathir atas segala jasa yang pernah beliau lakukan sepanjang 22 tahun (1981-2003) berkhidmat sebagai Perdana Menteri dalam mengembang dan membangunkan Kolej Tunku Abdul Rahman (Kolej TAR).

“Kini TAR sudah dinaik taraf dan dikenali sebagai Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT),” katanya. - Getaran, 18 April 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Wee Ka Siong Kekal Presiden MCA

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRN: MCA Bantu Kempen Calon BN

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Jangan Kerana Mahu Jadikan Axia E ‘Kereta Rahmah’ Soal Keselamatan Diketepikan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Loke Gagal Jawab Beberapa Soalan, Ini Mengecewakan - Ka Siong

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad