web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Omicron Masih Penyakit Yang Serius - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 4:59PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Varian Omicron masih lagi dianggap sebagai ‘penyakit’ yang serius terutama bagi golongan yang berisiko tinggi.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, justeru perlindungan yang optimum perlu diberikan khususnya kepada warga emas, pesakit kronik seperti tekanan darah tinggi serta diabetes, dan mereka yang mempunyai masalah sistem imun.

“Bagi mereka yang kata Omicron macam selsema biasa, mungkin (ya) bagi sesetengah orang, tapi bagi mereka yang bermasalah, COVID Omicron masih penyakit yang serius, yang boleh membawa mudarat yang serius.

“Jadi bagi mereka (golongan) yang saya sebutkan tadi, sangat digalakkan untuk mengambil dos penggalak (vaksin COVID-19) kerana jika dijangkiti Omicron, kesan dan gejala adalah buruk kepada kumpulan tadi,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan berlaku peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19, susulan ramai perantau yang akan pulang ke negeri asal masing-masing pada sambutan hari raya tidak lama lagi.

Khairy yang tidak menolak kemungkinan peningkatan jangkitan semasa raya nanti, berkata usaha untuk meningkatkan peratusan pengambilan dos penggalak terutama dalam kalangan warga emas perlulah dipertingkatkan, dan pihaknya akan mengarahkan pengarah kesihatan negeri berbuat demikian sebolehnya sebelum raya nanti.

“Untuk raya, kerajaan bagi jaminan keluarga Malaysia boleh balik kampung, tiada sekatan. Kementerian (Kesihatan) puas hati dengan trend jangkitan ... Hospital tiada tekanan dari segi kemasukan ke unit rawatan rapi, kita yakin boleh balik kampung jumpa saudara mara.

“Tapi lebih baik beri perlindungan kepada warga tua sebab anak-anak balik kampung, kita tak tahu mungkin bawa balik virus, boleh saja buat ujian (COVID-19) tapi ada yang tak buat. Jadi lebih baik pesan kepada ibu bapa supaya ambil dos penggalak di  klinik berdekatan,” katanya.

Katanya tidak seperti kanak-kanak, yang tarikh akhir pemberian vaksin COVID-19 dos pertama di bawah Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) ditetapkan pada 15 Mei ini, pengambilan dos penggalak setakat ini masih tiada tarikh tutup.

Dalam pada itu Khairy berkata jika kes jangkitan meningkat pada hari raya nanti, pihak kementerian telah bersedia untuk memberi perkhidmatan rawatan sekiranya terdapat individu yang mengalami gejala yang teruk. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar