web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Panjat Dinding, Pura-pura Histeria, Taktik PATI Elak Dicekup Imigresen

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2021 9:47AM

328 pendatang asing tanpa izin ditahan dalam OP Jabatan Imigresen di Jalan Imbi, awal pagi tadi. - Gambar dari Facebook JIM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Tiga lelaki pendatang tanpa izin bertindak nekad memanjat dinding yang diperbuat daripada zink setinggi kira-kira 20 meter sebelum terjatuh ke dalam longkang dipenuhi najis bagi mengelak ditahan anggota Jabatan Imigresen dalam operasi, awal pagi ini.

Bagaimanapun, cubaan tiga lelaki yang tidak memiliki dokumen perjalanan lengkap itu gagal apabila berjaya dikesan dan ditahan dalam Op Jabatan Imigresen di sebuah tapak pembinaan di Jalan Imbi, di sini bermula kira-kira 10 malam tadi hingga 2.30 pagi.

Operasi yang dilaksanakan secara bersepadu antara Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Putrajaya itu juga ‘cemas’ seketika apabila seorang wanita warga Indonesia berpura-pura diserang histeria dan mendakwa mengalami kekejangan pada bahagian badan.

Taktik wanita itu terbongkar apabila anggota Angkatan Pertahanan Awam yang turut menyertai operasi itu memberikan rawatan kecemasan dan mendapati ia hanyalah lakonan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

Mereka antara 328 warga asing yang ditahan dalam operasi itu sebelum dibawa ke Depoh Tahanan Sementara Bukit Jalil untuk pemeriksaan lanjut.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said yang turut menyertai operasi berkenaan berkata operasi kali ke-75 itu menyasarkan kawasan tapak pembinaan bagi memastikan kesahihan pasport dan tempoh pas lawatan kerja sementara (PLKS) yang dimiliki pekerja warga asing.

Sebahagian daripada PATI yang ditahan dalam OP Jabatan Imigresen awal pagi tadi. - Gambar dari Facebook JIM
Sebahagian daripada PATI yang ditahan dalam OP Jabatan Imigresen awal pagi tadi. - Gambar dari Facebook JIM

Menurutnya, kesemua warga asing yang ditahan berusia 22 hingga 63 tahun membabitkan 204 warga Bangladesh, Indonesia (108), India (empat), Myanmar (sembilan) dan lain-lain (tiga).

"Pelbagai rupa dan bentuk majikan pelik yang ditunjukkan warga asing ini, jadi kita akan siasat bagi menentukan sama ada pekerja ini ditempatkan di sektor asal seperti yang didaftarkan majikan atau sebaliknya.

“Saya perhatikan, suasana di kawasan ini tidak selesa dan sempurna daripada segi kemudahan penginapan asas yang diperuntukkan di bawah Akta 446 (Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990) yang mana makan minum, tidur dan pembuangan air kecil serta besar yang tidak terurus tanpa pematuhan prosedur operasi standard (SOP), perkara ini akan segera dirujuk kepada (Kementerian) Sumber Manusia," katanya.

Ismail berkata tindakan tegas akan diambil terhadap majikan sekiranya siasatan mendapati pekerja warga asing melakukan pekerjaan di sektor bertentangan dengan pekerjaan yang didaftarkan dalam dokumen. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad