web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


427 Kemasukan Ke Hospital, 2 Negeri Guna Katil ICU Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2022 1:00PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 427 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam melibatkan kesemua kategori 1 hingga 5.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kira-kira 187 kes (43.8 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 manakala 240 kes lagi (56.3 peratus), kategori 1 dan 2.

Putrajaya dan Selangor merekodkan penggunaan katil kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit COVID-19 melebihi 50 peratus semalam.

Data menunjukkan penggunaan katil ICU di Putrajaya pada kadar 100 peratus, manakala Selangor pula 52 peratus.

Bagi penggunaan katil bukan kritikal pula, hanya Putrajaya merekodkan penggunaan melebih 50 peratus iaitu pada kadar 64 peratus.

Dr Noor Hisham memaklumkan jumlah keseluruhan penggunaan katil ICU bagi pesakit dijangkiti virus itu di seluruh negara semalam adalah 20 peratus, manakala bagi katil bukan ICU pula 24 peratus.

“Bagi katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), tiada negeri yang menunjukkan peratusan melebihi 50 peratus.

“Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan menurun kepada 102 pesakit dengan penggunaan alat tersebut sebanyak 12 peratus,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham menjelaskan, terdapat perbezaan antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital, berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baru didiagnos setiap hari disebabkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti.

“Pada masa sama, terdapat juga kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Sebanyak 7,739 kes baharu COVID-19 dilaporkan sehingga tengah malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu di Malaysia kini 4,333,557.

Kategori 1 mencatatkan 4,354 kes, kategori 2 (3,318 kes), kategori 3 (34 kes), kategori 4 (14 kes) dan kategori 5 (19 kes).

Daripada 67 kes COVID-19 kategori 3 hingga 5, 24 atau 35.82 peratus dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi dan 16 atau 23.88 peratus sudah menerima dua dos vaksin, namun belum menerima dos penggalak.

Selain itu, sebanyak 27 kes (40.30 peratus) sudah menerima dos penggalak, 36 kes (53.73 peratus) berusia 60 tahun ke atas, 42 kes (62.69 peratus) mempunyai komorbid dan satu kes ibu hamil.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 bagi seluruh negara semalam adalah 0.84 dengan Selangor mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 0.92, diikuti Negeri Sembilan (0.86), Terengganu dan Perak (masing-masing 0.82), Johor dan Putrajaya (masing-masing 0.80) manakala  Melaka (0.79). - Getaran, 11 April 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 51 minit yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad