web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shahidan Jamin Penduduk Flat PKNS Sungai Baru Tidak Berpindah Dalam Masa Terdekat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2022 8:34AM

Menteri Wilayah Persekutuan berkata penduduk flat PKNS Sungai Baru tidak perlu berpindah kerana proses rundingan antara pihak pemaju dan wakil penduduk masih berjalan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim memberi jaminan kepada penduduk Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Sungai Baru di Kampung Baru, Kuala Lumpur, yang mendakwa mendapat notis pengosongan kediaman bahawa mereka tidak akan berpindah dalam masa terdekat.

Beliau berkata proses rundingan antara pihak pemaju dan wakil penduduk masih berjalan bagi mencari penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak.

“Tidak akan berlaku perpindahan dalam bulan puasa, tidak mungkin berpindah selepas raya,” katanya kepada media di Program Apresiasi @ Sukarelawan Misi Bantuan Banjir Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Agensi, di sini semalam.

Sebuah akhbar melaporkan, wakil penduduk mendakwa mereka diarah mengosongkan rumah masing-masing dalam tempoh 21 hari selepas Borang K dikeluarkan Jabatan Tanah dan Galian pada 22 Mac lalu.

Shahidan berkata meskipun hal berkaitan pengambilan tanah bukan dalam bidang kuasa KWP, namun beliau memberi jaminan pihaknya sentiasa menjaga kebajikan penduduk di Wilayah Persekutuan.

Mengenai laporan berita yang menyatakan penduduk flat berkenaan kecewa selepas menerima Borang K (notis bahawa milikan tanah atau peletakhakkan petak telah diambil), Shahidan berkata ia cuma surat pemakluman dan bukan notis pengusiran.

“Ini proses perundangan yang dimaklumkan kepada orang cuma bila dimaklum dalam bulan puasa, orang terkejutlah,” katanya.

Mengenai program malam ini, Shahidan berkata 1,496 sukarelawan yang terlibat dalam Misi Bantuan Banjir pada hujung tahun lepas yang diraikan KWP, akan diserap sebagai Duta Komuniti di mana Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) adalah penyelaras program.

Beliau berkata Duta Komuniti itu, penting ketika Fasa Peralihan Ke Endemik untuk bersama-sama memberi penerangan kepada rakyat, untuk terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan memakai pelitup muka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Hannah Minta PAS Tanya Shahidan Apa Berlaku Dengan Sasaran Sukan SEA

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Shahidan Gesa Identiti Pengimport Tunggal Telur Dari India Dibahas  

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Orang Fanatik Islam Miliki Toleransi Agama Tinggi - Shahidan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Shahidan Minta Tindakan Undang-Undang PM Terhadap Pemimpin Pembangkang Dibahaskan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan