Berita Terkini

45 minit yang lalu: Tidak sampai satu peratus amal pertanian organik di Malaysia - Mohamad Sabu 56 minit yang lalu: KKM bincang dengan JPA serap petugas kontrak ke jawatan tetap tanpa pencen - Dr Zaliha 2 jam yang lalu: Mahkamah Persekutuan akan putuskan permohonan semakan kes SRC Najib Esok 2 jam yang lalu: Malaysia-Singapura bincang hubungan, kerjasama dua hala di Hainan - Anwar 2 jam yang lalu: Tekanan, persekitaran tempat kerja antara faktor polis bunuh diri - Dewan Rakyat

IKUTI KAMI


Shahidan Minta Tindakan Undang-Undang PM Terhadap Pemimpin Pembangkang Dibahaskan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 2:48PM

Shahidan Kassim mencadangkan perkara itu dibahaskan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Dewan Rakyat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau-PN) mencadangkan Dewan Rakyat membahaskan mengenai tindakan undang-undang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Tambun-PH) terhadap ahli politik pembangkang, baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan itu menimbulkan rasa takut dalam kalangan Ahli Parlimen hari ini.

“Ahli Parlimen menyatakan ketakutan terhadap Perdana Menteri mengekalkan tindakan undang-undang yang diambil terhadap ahli politik,” katanya di Dewan Rakyat.

Shahidan mencadangkan perkara itu dibahaskan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Dewan Rakyat yang memberi peluang kepada Ahli Parlimen untuk menggerakkan usul bagi membincangkan perkara ditetapkan sebagai kepentingan awam yang mendesak.

Menariknya, mantan pemimpin UMNO itu tidak memfailkan usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Johari Abdul berhubung isu tersebut.

“Saya tidak mempunyai peluang untuk berbuat demikian,” kata Shahidan ketika ditanya Johari sama ada beliau telah mengemukakan usul, mengikut keperluan.

Johari kemudiannya mengarahkan Shahidan untuk menulis kepadanya jika beliau ingin meneruskan perkara itu.

Peraturan Mesyuarat 18(2) menetapkan ahli Dewan yang ingin membincangkan apa-apa perkara ditakrifkan kepentingan awam perlu mengemukakan pemberitahuan bertulis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, sekurang-kurangnya 24 jam sebelum bermulanya persidangan.

Pemberitahuan itu juga hendaklah termasuk penjelasan yang bermaksud perkara yang dipersoalkan berkenaan sememangnya pasti, mendesak dan mempunyai kepentingan awam.

Yang Dipertua Dewan Rakyat kemudiannya boleh memilih untuk menolak usul tersebut, melainkan beliau berpuas hati bahawa ia memenuhi ketiga-tiga keperluan disebutkan di atas.

Kenyataan Shahidan hari ini dibuat hanya sehari selepas Anwar menghantar surat tuntutan kepada Datuk Awang Solahuddin Hashim (Pendang-PN) berhubung dakwaan komen berunsur fitnah dikeluarkannya kepada pemberita di lobi Parlimen, kelmarin.

Berdasarkan notis tuntutan itu, pada 21 Februari lalu, Awang Solahuddin mengungkapkan atau membuat kenyataan kepada pemberita di lobi di luar Dewan Rakyat mengenai Perdana Menteri.

Peguam Anwar, Datuk SN Nair berkata, keseluruhan ungkapan atau kenyataan Awang Solahuddin dipetik dan diterbitkan menerusi artikel Malaysiakini bertajuk ‘MP PAS: Sikap pendendam Anwar lebih teruk daripada Mahathir’ dan artikel Berita Harian bertajuk ‘Sikap pendendam Anwar lebih teruk daripada Tun M’ pada tarikh sama.

Anwar menuntut Awang Solahuddin memohon penarikan balik perkataan memfitnah dan segala komen yang menyinggung perasaan dengan serta-merta, selain permohonan maaf tanpa syarat, akujanji bertulis oleh beliau untuk tidak mengulangi perkataan memfitnah itu.

Nair turut memaklumkan anak guamnya akan menuntut ganti rugi atas tindakan Awang Solahuddin.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sudah memulakan tindakan undang-undang terhadap beberapa ahli politik lain kerana kenyataan berbaur fitnah, terutamanya mantan Perdana Menteri,  Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menuduh Anwar mengaut RM15 juta sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Sejak itu, penyokong PN mula menggelar Anwar sebagai ‘Bapa Saman Negara’. – The Vibes, 23 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kerusi Muhyiddin, Hamzah, Hadi Kosong Sewaktu Sesi PMQ?

2

Semasa 5 hari yang lalu

Minat Komuniti Perniagaan Melabur Di Malaysia Bukti Kestabilan Negara - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Dedahkan Kesilapan Demi Kepentingan Awam, Bukan Untuk Tujuan Politik - Rafizi

4

Politik 2 minggu yang lalu

Pendakwaan Muhyiddin Hanya Strategi Sekat Suara Pembangkang

Sorotan

1

4 Beradik Maut Kebakaran Sembunyi Dalam Tandas Cuba Selamatkan Diri

2

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

3

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Umum 4 Inisiatif Tambahan Belanjawan 2023

Semasa 4 jam yang lalu

Rumah Anak Yatim Darul Aitam Dijadikan Perintis Program Literasi Digital

Semasa 1 hari yang lalu

Lawatan PM Ke Arab Saudi: Wisma Putra Tampil Buat Penjelasan

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Warga Emas Maut, Suami Dirawat Di ICU Selepas Makan Ikan Buntal