web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Orang Fanatik Islam Miliki Toleransi Agama Tinggi - Shahidan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 7:34PM

Shahidan Kassim menjelaskan, "masalah" hanya mula timbul apabila orang Islam mengisytiharkan diri mereka sebagai liberal, dengan berkata: "Liberal (cita-cita) bukan cara pemikiran Islam" - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang Islam yang fanatik terhadap agama cenderung menjadi golongan bertoleransi tinggi terhadap penganut agama lain, kata Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau-PN).

Menurut beliau, negeri yang dikuasai PAS  iaitu di Kelantan, Terengganu dan Kedah, hidup dalam suasana harmoni sekali gus membuktikan bahawa parti berasaskan Islam itu membenarkan orang bukan Islam mengamalkan kepercayaan masing-masing.

“Orang yang fanatik Islam adalah baik, mereka tidak mengganggu orang lain.

“Sebagai contoh, patung Buddha di Kelantan. Adakah ia pernah diganggu?

 “Toleransi agama dalam kalangan fanatik Islam sememangnya sangat tinggi. Saya sendiri salah seorang daripadanya. Saya memakai songkok sejak dulu dan saya akan sentiasa memakainya,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2023, di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelas beliau, "masalah" hanya mula timbul apabila orang Islam mengisytiharkan diri mereka sebagai liberal, dengan berkata: "Liberal (cita-cita) bukan cara pemikiran Islam."

Shahidan, yang mempertahankan Parlimen Arau atas tiket PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada November lalu, membezakan antara parti berasaskan kaum dan parti rasis.

Beliau berkata, parti rasis harus dibubarkan.

“Parti berasaskan kaum baik-baik saja, tetapi parti rasis mesti dibubarkan,” katanya.

Katanya, Ahli Parlimen UMNO lebih bersikap seperti DAP selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan perpaduan.

“Selepas UMNO menyertai DAP (untuk membentuk kerajaan), mereka bertindak lebih daripada DAP berbanding orang DAP sendiri,” katanya sambil disambut sorakan pemimpin pembangkang.

Ketika Shahidan berucap, Mohd Sany Hamzan (Hulu Langat-PH) beberapa kali mencelah, dengan menyindir Shahidan bercita-cita menjadi Timbalan Presiden PAS.

Dalam responsnya, Shahidan berkata, Ahli Parlimen AMANAH itu menunjukkan “kelakuan lebih teruk daripada kera di hutan”.

Mohd Sany kemudiannya membalas: “Arau sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada Ahli Parlimen baharu di Dewan Rakyat, sebaliknya dia menggunakan perkataan seperti ‘kera’. Speaker, minta dia menarik balik kenyataannya.”

Keadaan bertukar tegang apabila Ahli Parlimen pembangkang bangun dan mempertahankan Shahidan.

Mohd Misbahul Munir Masduki (Parit Buntar-PN) memberitahu Sany supaya “mengubah sikapnya”.

Namun Sani berkata, perkara itu adalah antaranya dan Shahidan.

Selepas itu, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul menegur Ahli Parlimen yang mencetuskan gamat itu dengan berkata: “Saya mahu lihat berapa ramai daripada anda akan terus menjerit.  Teruskan, orang ramai memerhati.

“Arau, awak ada cakap sesuatu yang tidak baik terhadap Hulu Langat? Jika kamu (Shahidan) benar seorang yang Islamik, kamu akan beritahu perkara sebenar,” katanya.

Shahidan membalas dengan mengatakan beliau berniat murni ketika mengeluarkan perkataan tersebut.

 “Saya tidak bermaksud (itu). Niat di hati saya murni tanpa sebarang andaian buruk. Saya cuma cakap (Sany) tidak sepatutnya berkelakuan seperti kera,” katanya. - The Vibes, 1 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 bulan yang lalu

24,761 Calon UPKK 2025 Dapat 9A

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Derita Palestin Bawa Hikmah, Syiar Islam Berkembang Megah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad