web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembatalan Pelan Bina Klinik Kerajaan Bangkit Kemarahan Penduduk Subang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 2:14PM

Michelle Ng (dua kanan) berkata kemudahan perubatan kerajaan diperlukan, kerana kira-kira 96,000 penduduk di Subang Jaya terdiri daripada warga miskin bandar dan warga tua. - Gambar oleh Qistina Nadia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG - Penduduk dan Ahli Parlimen di Subang berang selepas satu-satunya klinik kerajaan yang dirancang untuk dibina di situ telah dibatalkan kerana masalah belanjawan.

Ahli Parlimen Subang Wong Chen berkata dalam satu taklimat media, projek Klinik Kesihatan USJ1 yang menelan belanja RM67.8 juta telah dibatalkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada 4 Ogos tahun lepas.

Perkara itu telah disampaikan kepadanya oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam satu jawapan di Parlimen pada 24 Mac.

“Sebab yang diberikan oleh EPU adalah kerana kos RM67.8 juta projek itu terlalu tinggi dan bajet asal yang bernilai RM45 juta telah diluluskan dibawah Rancangan Malaysia ke-12 (RM-12)”.

Wong menyelar pembatalan itu dan menyifatkan alasan diberikan sebagai kebodohan proses belanjawan kerajaan.

“Bajet lebih tinggi yang diminta oleh Kementerian Kesihatan tidak sepatutnya menjadi alasan untuk membatalkan projek itu.

“Pembatalan ini juga bercanggah dengan janji yang dibuat oleh perdana menteri di bawah RM-12, menjadikan pelan induk negara sebagai dokumen yang tidak penting,” katanya.

Ahli PKR itu juga memanggil Kementerian Kesihatan untuk memperjelaskan kenapa ia telah meminta belanjawan yang lebih tinggi berbanding apa yang telah diluluskan, mempersoalkan kenapa kementerian itu tidak mengikut kos awal.

“Kegagalan Kementerian Kesihatan dan EPU untuk mencapai kata sepakat dan meneruskan projek dengan kos asal menunjukkan tiada komunikasi dan kerjasama di antara kedua-dua pihak.”

Beliau juga menarik perhatian yang Subang tiada apa-apa kemudahan kesihatan kerajaan walaupun mempunyai penduduk yang berjumlah 478,000.

Juga hadir di taklimat media itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya Michelle Ng, yang mengesa kerajaan supaya meneruskan projek itu kerana pusat kesihatan awam yang terdekat sudah berkhidmat melebihi kapasiti.

“Klinik kerajaan terdekat di Kelana Jaya dan Batu 14 Puchong sepatutnya mengendalikan hanya 500 pesakit sehari tetapi kedua-duanya melayan 1,000 pesakit sehari,” katanya.

Beliau menambah bahawa kemudahan perubatan kerajaan diperlukan, kerana kira-kira 96,000 penduduk di Subang Jaya terdiri daripada warga miskin bandar dan warga tua.

Sementara itu, Michael Sundram, warga Subang Jaya berusia 78 tahun, mewakili masyarakat warga emas di sini, berkata mereka hanya mengharapkan sebuah klinik kerajaan yang mudah diakses dan bukannya sebuah hospital.

“Apa gunanya mendapat status bandar jika anda tidak mempunyai klinik mudah?” soalnya, merujuk kepada peningkatan Subang Jaya daripada sebuah majlis perbandaran kepada sebuah bandar pada 19 Oktober, 2020. - The Vibes, 31 Mac, 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Elaun Lokum RM80 Sejam Bagi Pegawai Perubatan Berkuat Kuasa Serta-Merta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kenaikan Caj Klinik Kesihatan Kerajaan Mesej Palsu - KKM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KKM Lulus RM350,000 Tambah Baik Klinik Kesihatan Di Terengganu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad