web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ekzos Bising, Wee Ka Siong Terima Petisyen

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2021 8:22AM

Asep Ahmad Iskandar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Isu ekzos bising sejak sekian lama sudah berlegar dalam masyarakat, membuatkan komuniti setempat seakan jelak kerana ia tidak pernah berjaya ditangani secara kondusif dan menyeluruh.

Langkah pihak berkuasa memperkenalkan tindakan tegas ke atas pemilik kenderaan berekzos bising baru-baru ini menimbulkan kegemparan dan mencetuskan pelbagai reaksi, positif dan negatif saling berbaur.

Meski diakui isu berkenaan sudah lama membiak dan kurang disenangi ramai, hakikatnya kondisi negara yang masih dibelenggu ancaman COVID-19 menjadikan bukan waktu terbaik untuk sebarang pelaksanaan operasi penguatkuasaan.

Kemelut kewangan yang melingkari kehidupan semasa ekoran COVID-19 juga menjadikan langkah penguatkuasaan itu dilihat sebagai tambahan kepada beban sedia ada, khususnya apabila melibatkan sejumlah besar denda.

Bersandarkan kepada faktor itu, Kelab Seni Kelajuan Malaysia dalam petisyen kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong memohon timbang tara kerajaan bagi mengkaji semula akta tersebut selaras  dengan keperluan semasa.

Pengasasnya, Asep Ahmad Iskandar berkata, petisyen berkenaan berjaya mengumpul 12,868 tandatangan bagi membantah keputusan terbabit yang dianggap sebagai terlalu berat dan membebankan.

“Spesifikasi serta informasi berkaitan ekzos bising masih samar-samar khususnya piawaian yang digunakan. Sebagai contoh, jika piawaian EURO 4 digunakan, adakah kenderaan keluaran sebelum 2020 perlu mematuhi piawaian tersebut?

“Kami berharap pihak berkuasa mengkaji semula akta ini selaras keperluan semasa & bukan hanya menghukum dengan saman serta ancaman penjara,” katanya kepada Getaran.

Asep bersama kereta yang telah diubahsuai.
Asep bersama kereta yang telah diubahsuai.



Menurut Asep, petisyen tersebut dilakukan selama seminggu pada 1 Mac lalu, dan dihantar melalui e-mail kepada Menteri Pengangkutan pada 8 Mac.

Dari sisi lain, Asep turut menekankan slogan Loud Pipes Saves Lives, yang telah digunakan sejak sekian lama, bertujuan menyelamatkan penunggang daripada kemalangan jalan raya.

Menurut beliau, pengubahsuaian motosikal sebenarnya dilakukan bagi memastikan keselamatan yang lebih baik, selain tambahan aksesori aksesori untuk memberikan keceriaan dan kekemasan.

“Slogan tersebut sudah lama digunakan sejak dari Perang Dunia Kedua lagi. Saya percaya ramai penunggang motosikal setuju dengan slogan tersebut.

“Bunyi ekzos bising itu sebenarnya boleh menyelamatkan penunggang motosikal dari bahaya kecuaian pemandu lain, yang kadang-kadang tidak perasan kelibat kami. Namun saya faham ia bukanlah alasan paling baik boleh diguna pakai,” katanya.

Mengulas mengenai petisyen berkenaan, Asep berkata ia bukan bertujuan menyalahkan kerajaan sebaliknya lebih kepada usaha mewujudkan persefahaman antara mereka.

“Saya setuju dengan pelaksanaan kerajaan untuk menyaman ekzos bising tetapi tindakan ke atas kenderaan yang diubah suai secara fancy, saya kurang bersetuju.

“Pengubahsuaian itu kadang-kadang langsung tidak melibatkan bahagian ekzos dan bukan bertujuan untuk berlumba, seperti tanggapan ramai,” katanya.

Jumlah denda yang tinggi juga jelas beliau, menyebabkan ramai penunggang motosikal takut untuk keluar mencari rezeki kerana bimbang berdepan kemungkinan disaman atau dipenjara pihak berkuasa.

“Jika pengguna motosikal nak perbetulkan ekzos dan aksesori motosikal mereka pun perlukan masa dan wang. Tapi dalam krisis pandemik ini, ramai tidak ada duit lebih untuk memperbetulkannya.

“Ekoran itu, ramai anak muda yang tidak lagi berani membawa motosikal keluar untuk mencari rezeki sebab takut disaman RM2,000, penjara enam bulan dan motosikal disita, lebih-lebih lagi mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan dan seumpamanya,” katanya lagi.

Petisyen sudah dihantar, ulasan juga sudah diberi dan kini, terpulang kepada kerajaan untuk menilai semula permintaan serta rintihan mereka yang terkesan secara tidak langsung.

Apa yang jelas, situasi ini perlu dilayan seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan terputus, tepung pula tidak berselerak. – Getaran, 19 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Laporan Palsu Diragut, Suri Rumah Didenda RM1,200

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemilik Resort Anjur Parti Aloha Didenda RM25,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bunuh Tunang: Hukuman Mati Banduan Akhir Diganti Dengan Penjara, Sebatan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad