web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kejohanan Sukan Dengan Kehadiran Penonton Dibenar Berkuat Kuasa 1 April - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2021 8:31PM

Ismail Sabri berkata setakat ini pihaknya tidak mempunyai ketetapan sama ada aktiviti rentas negeri dibenarkan pada Ramadan dan perayaan Aidilfitri. - Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan kehadiran penonton ke stadium atau venue bagi kejohanan sukan seperti Liga Malaysia berkuat kuasa 1 April.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan setelah mendengar pembentangan dan cadangan prosedur operasi standard (SOP) daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berserta pandangan dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM).

Antara syarat yang ditetapkan ialah 10 peratus kapasiti atau 2,000 penonton di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) manakala bagi kawasan PKP Pemulihan (PKPP) pula adalah 25 peratus kapasiti atau 8,000 penonton dengan kedua-duanya melibatkan kawalan penyeliaan sepanjang masa.

“Bagaimanapun, semua penganjuran kejohanan dengan kehadiran penonton adalah tertakluk kepada kebenaran oleh KBS,” katanya pada sidang media perkembangan PKP di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata sebagai permulaan, dua perlawanan bola sepak dalam Liga Malaysia akan dijadikan percubaan bagi menilai keberkesanan protokol pengurusan penonton.

Selain itu, Ismail Sabri berkata KBS, MKN dan KKM akan turut memantau dan membuat penilaian pematuhan protokol yang ditetapkan khususnya dalam aspek pergerakan, kemasukan dan penyuraian penonton semasa perlawanan itu nanti.

Beliau berkata antara SOP yang perlu dipatuhi adalah tiket hanya dijual secara dalam talian, penjarakan fizikal minimum 1.5 hingga dua meter antara penonton, operasi jualan hanya dibenarkan di kedai sedia ada di kawasan stadium atau venue sahaja, selain pergerakan masuk dan keluar penonton secara berjadual dan tersusun.

Berkenaan pengoperasian Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri, Ismail Sabri berkata negeri atau daerah sepatutnya mengikuti sebarang arahan yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, beliau berkata mungkin terdapat kes-kes tertentu yang memerlukan majlis daerah (pihak berkuasa tempatan) membuat sedikit pindaan terhadap SOP yang diumumkan kerajaan, sesuai dengan keadaan di lokasi masing-masing.

“Kalau di Sabah, Sarawak, masa misalnya. Kalau Bazar Ramadan kita (Kuala Lumpur) mulakan dari 3 petang, mereka mungkin mula 2 petang kerana waktu berbuka di Sabah saya percaya lebih awal iaitu 6.30 petang, kita 7.30 malam,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung arahan supaya sekolah tidak melaporkan kes positif COVID-19 kepada KKM ataupun MKN.

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya perkara itu wujud, ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mana-mana pihak yang cuba menyembunyikan kes positif COVID-19 dalam kalangan mereka.

“Setiap individu, majikan mahupun pihak pengurusan sekolah wajib melaporkan kepada KKM jika timbul kes positif dalam kalangan pekerja atau pelajar mereka. Perkara ini juga tertakluk kepada universiti,” katanya.

Ditanya mengenai sama ada aktiviti rentas negeri dibenarkan pada Ramadan dan perayaan Aidilfitri, beliau berkata setakat ini pihaknya tidak mempunyai ketetapan berhubung perkara terbabit kerana penilaian dibuat atas nasihat KKM.

“KKM yang memberi nasihat kepada jawatankuasa teknikal atau dalam sidang khas MKN sama ada untuk membenarkan atau tidak. Saya difahamkan, kalau Mei nanti kita semua patuh SOP sehingga kes turun menjadi 500 sehari mungkin penilaian baharu akan dibuat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Sukan 1 minggu yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

3

Sukan 2 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad