web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Doktor Malaysia Bantu Pelarian Ukraine Di Poland

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2022 2:46PM

Dr Muruga yang mengunjungi anak-anaknya di Poland pada 3 Mac lalu memutuskan untuk berkhidmat sebagai sukarelawan perubatan di sana dari 8 hingga 19 Mac. - Gambar dari Twitter MyEmbWarsaw

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika berada di Warsaw, Poland awal bulan ini, Dr Muruga Raj Rajathurai terpanggil untuk menjadi sukarelawan perubatan di pusat perlindungan pelarian Ukraine.

Beliau berkhidmat sebagai sukarelawan di Stesen Sentral Warsaw selama 11 hari, memberi rawatan perubatan kepada beribu-ribu rakyat Ukraine yang menyeberang ke Poland untuk melarikan diri daripada operasi ketenteraan Rusia.

Berkongsi pengalamannya, Dr Muruga berkata disebabkan bimbang dengan keselamatan tiga anaknya dan dua anak abangnya yang menuntut di Universiti Perubatan Warsaw, beliau memutuskan untuk ke Poland pada 3 Mac. 

"Selepas memastikan mereka selamat, anak saya cerita ada ramai pelarian Ukraine mula datang ke Stesen Sentral Warsaw untuk mencari perlindungan.

“Jadi saya ambil keputusan untuk berkhidmat sebagai sukarelawan perubatan dari 8 hingga 19 Mac,” kata doktor di sebuah poliklinik di Johor itu kepada Bernama.

Dr Muruga yang juga Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata amat menyedihkan melihat keadaan pelarian, terutamanya kanak-kanak yang hanya berbekalkan sedikit barang keperluan terpaksa berpisah dengan keluarga untuk menyeberang ke Poland.

"Keadaan menjadi lebih huru-hara apabila semua lelaki Ukraine berumur 18 hingga 60 tahun dilarang meninggalkan negara mereka buat sementara.

"Ramai meninggalkan Ukraine dan melintasi sempadan untuk mencari perlindungan di Poland dengan meninggalkan bapa, anak lelaki, abang, suami mereka di rumah. Tiada komunikasi antara mereka,” katanya.

Beliau berkata mereka melarikan diri tanpa sebarang dokumen peribadi atau ubat-ubatan yang diperlukan.

“Kebanyakan pelarian alami tekanan dan kebimbangan kerana tidak pasti bila boleh balik semula ke tanah air mereka,'' katanya.

Sekurang-kurangnya 1,000 pelarian menerima rawatan perubatan di pusat itu setiap hari.

Menurut Dr Muruga, sepanjang masa, sukarelawan di pusat itu termasuk beliau dan pasukan perubatannya berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

“Saya juga tersentuh dengan usaha kemanusiaan dan keprihatinan warga Poland dalam membantu pelarian Ukraine di negara mereka,” katanya yang mewarisi minat bapanya, C. Rajathurai yang juga terlibat dengan aktiviti sosial.

Anak-anaknya turut membantu usaha mengumpul dana untuk pelarian dengan melibatkan diri bersama badan antarabangsa seperti Persatuan Palang Merah.

"Selain itu anak lelaki saya juga membantu mendapat dan mengagihkan makanan setiap hari kepada pelarian," katanya yang kembali ke Malaysia pada 21 Mac.

Menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih 1,000 orang awam terbunuh di Ukraine dan 1,650 dilaporkan cedera, manakala lebih 3.67 juta rakyat Ukraine melarikan diri ke negara jiran, sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan pada 24 Februari. - Bernama

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 20 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar