web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Kenal Pasti Suspek Pukul Penunggang Basikal Guna Batang Besi Di Lampu Isyarat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 8:00AM

Tangkap layar dari video media sosial menunjukkan kereta wira yang dipandu individu yang bertindak memukul seorang penunggang basikal.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis telah mengenal pasti seorang lelaki yang memberhentikan kereta lalu dipercayai bertindak memukul seorang penunggang basikal menggunakan batang besi di persimpangan lampu isyarat di Jalan Seri Manjung-Segari, Manjung menerusi video tular semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata siasatan awal mendapati, suspek berusia lingkungan 30-an yang berasal dari Batu Gajah itu, telah meminjam kenderaan terbabit daripada rakannya yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 50-an, dan berasal dari Ayer Tawar, Manjung.

“Menurut pemilik kenderaan itu, keretanya telah dipinjam oleh rakannya (suspek) pada 13 Mac dan telah memulangkannya.

“Mangsa merupakan seorang lelaki dipercayai warganegara asing yang masih belum dikenal pasti, dan sehingga kini masih belum tampil untuk membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Beliau berkata punca kejadian masih disiasat dan suspek akan diambil keterangan esok bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung menyeru dan memohon kerjasama orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini untuk menghubungi Bilik Gerakan di talian 05-6886222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran bagi membantu siasatan polis.

Terdahulu, tular rakaman video di laman media sosial memaparkan seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Wira berwarna biru, memukul seorang lelaki yang sedang menunggang basikal di persimpangan lampu isyarat berhampiran dengan AEON Mall Seri Manjung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

2

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

3

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 4 hari yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 21 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran