web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sindiket TnG Tidak Sah Tumpas, 5 Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 5:04PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan satu sindiket yang menyediakan kad tambah nilai Touch N Go (TnG) dan kad mata ganjaran tidak sah kepada orang ramai susulan penahanan lima individu termasuk dua wanita warga asing, semalam.

Sindiket yang beroperasi di sebuah kondominium mewah di sekitar daerah Cheras itu diserbu kira-kira jam 4 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Mahidisham Ishak berkata, semua yang ditahan terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berusia antara 30 hingga 46 tahun.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis merampas pelbagai alatan elektronik, kad TnG dan kad mata ganjaran yang terdapat di kediaman terbabit.

“Rampasan terdiri daripada satu unit komputer riba, lapan unit telefon pintar, 1,400 keping kad TnG, 5,200 keping kad mata ganjaran, resit, buku cek dan pembaca data kad.

“Alat pembaca kad itu disyaki merupakan peralatan digunakan untuk menambah nilai kad TnG dan kad mata ganjaran secara tidak sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Mahidisham berkata, siasatan awal pihaknya mendapati sindiket terbabit mula beroperasi sejak Mac tahun lalu dan semua kad tersebut ditambah nilai secara tidak sah untuk pasaran Lembah Klang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer kerana membuat capaian yang tidak sah. Semua suspek direman bermula hari ini sehingga Sabtu,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti tambah nilai tidak sah membabitkan kad TnG atau sebarang kad mata ganjaran. - Getaran, 17 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

2

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

3

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 4 hari yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 21 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 14 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad