Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Terus Meningkat, 28,298 Jangkitan Baharu Semalam 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 1:56PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 28,298 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, meningkat sedikit berbanding 26,534 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 3,900,433 kes.

Katanya, jumlah yang direkodkan itu membabitkan 27,600 kes tempatan dengan 698 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 2 iaitu bergejala ringan, dengan jumlah 16,148 kes atau bersamaan 57.06 peratus. Sebanyak 11,936 kes pula berada dalam kategori 1 atau tidak bergejala.

“Sebanyak 100 kes iaitu 0.35 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (55) serta kategori 5 (59),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 214 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, 56  kes iaitu 26.17 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya lagi, daripada jumlah itu, 101 kes sudah menerima dua dos vaksin manakala 57 kes lagi membabitkan individu yang sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 119 kes berumur 60 tahun ke atas, 82 kes mempunyai komorbiditi manakala dua kes membabitkan ibu hamil,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat pertambahan enam kluster di negara ini.

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan hingga kini terdapat 346 kluster yang masih aktif di negara ini. 

Perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan hingga kini sebanyak 6,893 kluster sudah direkodkan di negara ini sejak wabak berkenaan dikesan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bagi kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 374 kes iaitu 227 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19.

“Sebanyak 233 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 33,009 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 3,567,003 kes. - Getaran, 17 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 4 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengurup Wang Didakwa Bunuh Lelaki

Pendidikan 1 hari yang lalu

Bantah Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera, MPP UiTM Gerakkan Kempen

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Perkataan Hina Islam