web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Perlu Tubuh Mahkamah Vaksin, Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Harus Neutral

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak ada keperluan untuk menubuhkan mahkamah vaksin bagi menentukan punca kes kematian individu yang telah menerima vaksin COVID-19 di negara ini.

Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah pun menubuhkan Jawatankuasa Farmakovigilans Khas (JFK) yang bertindak memantau setiap kes dilaporkan dan isu keselamatan vaksin  COVID-19.

Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

“Secara peribadi saya rasa tak perlulah tubuh mahkamah vaksin. Buat masa ini kita sudah ada jawatankuasa khas untuk tujuan tersebut.

“Tapi isunya sekarang, jawatankuasa itu terdiri daripada orang KKM. Jadi susah nak buat keputusan. Bagi sayalah ia tak akan selesaikan masalah,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Susulan itu beliau berkata, jawatankuasa tersebut perlu ditambah baik supaya lebih bersifat neutral dan bukan diletakkan di bawah KKM.

“Seeloknya jawatankuasa ini perlu bersifat neutral dan terdiri daripada individu terlatih bukan dalam kalangan KKM.

“Mungkin jawatankuasa ini harus diletakkan di bawah menteri ataupun Perdana Menteri.

“Selain doktor perubatan, mungkin boleh libatkan pakar-pakar daripada hospital swasta, universiti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), industri dan kalangan peguam. Jadi biarlah ada orang luar agar keputusan lebih neutral,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyarankan agar laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) diaudit untuk memastikan setiap pelaporan yang dibuat adalah lebih telus dan teliti.

“Saya sebenarnya berminat nak tengok kesan-kesan AEFI, nak tengok berapa banyak laporan tapi kita sukar nak dapatkan data.

“Jadi saya rasa laporan AEFI patut diaudit dan disemak orang lain juga. Sekarang tak ada audit. Paling kurang pun disemak orang KKM, jadi dah tentu keputusan pun sama sahaja,” katanya.

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar turut senada dengan Dr Sharifa Ezat berhubung perkara itu.

Katanya, mahkamah vaksin tidak perlu diwujudkan tetapi mengesyorkan penubuhan sebuah jawatankuasa siasatan bebas untuk mengenal pasti punca kematian mereka yang sudah menerima vaksin COVID-19.

“Kalau mahkamah vaksin saya rasa buang masa sahaja sebab perkara ini banyak melibatkan isu teknikal. Jadi buatlah jawatankuasa siasatan bebas mungkin rakyat boleh terimalah.

“Biarlah menteri, Perdana Menteri atau Agong yang lantik. Kalau satu pihak sahaja, orang ragu-ragu keputusan sebab sekarang rakyat dah hilang kepercayaan terhadap kerajaan,” katanya.

Datuk Dr Zainal Ariffin Omar
Datuk Dr Zainal Ariffin Omar

Malah beliau turut menyarankan agar nama dan kepakaran individu yang menganggotai jawatankuasa tersebut didedahkan kepada umum.

“Kita pun tak tahu siapa ada dalam jawatankuasa tersebut. Apa kepakaran dia? Adakah dia daripada industri, kerajaan atau doktor perubatan.

“Biarlah ada Conflict of Interest (COI). KKM kena isytihar. Barulah kita tahu. Kita tak boleh lari daripada kepercayaan awam,” katanya.

Untuk menangkis elemen ketidakpercayaan, Dr Zainal Ariffin berkata, jawatankuasa tersebut juga perlu dianggotai wakil masyarakat.

“Caranya lantiklah satu wakil daripada Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) misalnya. Apa salahnya kan? Barulah betul-betul orang tahu.

“Sebenarnya kalau boleh kena buat definasi betul-betul tentang AEFI. Kena senaraikan ikut keseriusan. Rakyat berhak tahu kerana ini isu awam,” katanya.

Beberapa hari lalu, Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr Musa Mohd Nordin mencadangkan agar mahkamah vaksin ditubuhkan bagi menentukan punca kes kematian individu yang telah menerima vaksin COVID-19.

Katanya, cadangan itu dibuat susulan keberkesanan mahkamah tersebut yang diwujudkan di Amerika Syarikat (AS) dan Singapura.

Jelas beliau, ketika ini siasatan lanjut mengenai kes kematian individu yang sudah divaksin diserahkan sepenuhnya kepada KKM.

Beliau berkata, mahkamah vaksin di AS berjaya mendedahkan, 80 peratus kematian mereka yang telah divaksin adalah disebabkan faktor lanjut usia dan tiada kes melibatkan vaksin Pfizer atau Moderna. - Getaran, 17 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Belgium Akan Musnahkan Hampir 6 Juta Vaksin COVID-19 Yang Luput

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek