Berita Terkini

38 minit yang lalu: Cabaran negara pada Terbuka Thailand berakhir 38 minit yang lalu: Video bayi perempuan dikasari berlaku di pusat jagaan di Batu Caves 39 minit yang lalu: Persijilan logo halal JAKIM tidak cakupi skop makanan ternakan - DVS 39 minit yang lalu: UMS hargai peruntukan RM3 juta atasi masalah air - Naib Canselor 39 minit yang lalu: RM44 juta untuk atasi masalah bekalan air di Rengit - Ranhill SAJ

IKUTI KAMI


Lebih 5 Tahun Bercambah, Rafflesia Hanya Kembang 5 Hari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 9:16AM

Bunga Rafflesia yang berkembang selepas lebih lima tahun bercambah. - Gambar dari Facebook Sarawak Forestry Corporation

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANAU - Bunga Rafflesia memerlukan tempoh masa sekurang-kurangnya lebih lima tahun untuk bercambah dan berkembang iaitu bermula dari benih, pertumbuhan tunas sehingga mekar namun jangka hayatnya hanya bertahan antara lima hingga tujuh hari.

Petugas Taman-Taman Sabah, Abidin Giking yang bertanggungjawab mengendalikan bunga Rafflesia di kawasan seluas 1.3 hektar di kebun bunga Rafflesia, Poring berkata untuk pertumbuhan benih kepada tunas sahaja memerlukan masa hampir empat tahun dan dari tunas hingga kembang antara 12 hingga 15 bulan.

Beliau yang telah bertugas di kebun itu sejak 16 tahun lalu berkata hanya bunga Rafflesia Keithii yang terdapat di situ selepas ditanam pada tahun 2005 melalui empat kaedah iaitu secara mata tunas, anak benih, keratan dan pindah tanam.

"Semua kaedah yang ditanam berjaya dan bunga Rafflesia Keithii yang sedang berkembang sekarang ini hasil daripada kaedah anak benih bersaiz 78 sentimeter dan berkembang dalam tempoh lima hingga tujuh hari sahaja.

"Tetapi bergantung juga kepada  keadaan cuaca, kalau cuaca panas bunga ini akan layu dalam tiga hari dan cuaca lembap boleh bertahan sehingga seminggu," katanya ketika ditemui Bernama di Sub Stesen Kolam Air Panas, Poring di sini baru-baru ini. 

Abidin berkata kelopak bunga Rafflesia juga sangat sensitif dengan sentuhan manusia dan akan bertukar warna kehitaman dalam beberapa jam sebelum mati apabila disentuh, selain mengeluarkan bau busuk yang akan menarik serangga lain seperti lalat untuk hinggap sekali gus menjadi ejen pendebungaan.

Di kebun itu, Abidin juga akan memberi penerangan kepada pengunjung mengenai proses pertumbuhan Rafflesia dan menurutnya bunga itu juga mempunyai jantina yang dapat dikenal pasti selepas enam bulan bunga itu mati.

Katanya  Rafflesia betina mempunyai cakera terletak di bawah bunga berkenaan yang mempunyai ovari dan menyimpan ribuan biji benih yang akan menjadi makanan kepada haiwan seperti tikus serta tupai.

"Haiwan inilah yang akan membawa benih Rafflesia ke kawasan perumah lain yang terdapat di sini sebelum bercambah menjadi tunas," katanya sambil memberitahu terdapat kira-kira 50 perumah di situ.

Menurut Abidin setiap perumah mempunyai 10 hingga 15 tunas dan pertumbuhan Rafflesia bergantung sepenuhnya kepada perumah sebagai pembekal makanan kepada Rafflesia Keithii.

Katanya kawasan itu mula dibuka untuk kunjungan orang ramai sejak 2013 dengan bayaran masuk sebanyak RM10 seorang dan sebelum pandemik COVID-19 dianggarkan lebih 1,000 pelancong datang melihat bunga Rafflesia.

Seorang pengunjung Toh Siew Har, 55, berasa amat bertuah kerana ia merupakan peluang keemasannya bersama rakan-rakan apabila dapat melihat spesies bunga Rafflesia ketika melancong ke Sabah meskipun kunjungan itu tiada dalam perancangan mereka.

"Ini kali pertama saya dapat lihat bunga Rafflesia, di sini kami dapat  tengok dengan mata sendiri, lagipun ada orang yang menerangkan lebih jelas tentang bunga Rafflesia Keithii dan kami dapat memahaminya," katanya yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Siew berkata penjelasan daripada Abidin sangat terperinci malah memberinya kefahaman tentang bunga Rafflesia yang sebelum ini hanya diketahui melalui pembacaan dan melihat bunga Rafflesia di YouTube mahupun media massa.

Berkongsi pengalaman sama, Tan Say Lee, 55, yang juga berasal dari Sungai Petani Kedah berkata ia merupakan kali pertama beliau datang ke Sabah sekali gus dapat melihat bunga Rafflesia secara dekat, sangat mengujakan.

Katanya, sebelum ini beliau hanya mendengar nama bunga Rafflesia sahaja tetapi tidak berpeluang untuk melihat secara dekat bunga Rafflesia dan kunjungan ke Sabah kali ini menurutnya sebagai 'langkah kanan'.

Beliau berkata pengalaman itu akan dikongsikan dengan rakan-rakannya yang lain apabila kembali ke Semenanjung agar mereka juga dapat datang dan melihat sendiri Rafflesia selain turut memuji akan keindahan alam semula jadi kawasan berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Refleksi 4 bulan yang lalu

Habitat Bunga Pakma Di Hutan Simpan Tembat Akan Diwarta

2

Gaya 1 tahun yang lalu

4 Jenama Fesyen Menceburi Bidang NFT!

Sorotan

1

Polis Rakam Keterangan Dr Mahathir

2

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

3

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Hanya JDT Bida, Stadium Sultan Ibrahim Hos Final Piala FA 2023

Politik 1 hari yang lalu

Gelombang PN Pada PRU-15 Masih Belum Terpadam - Tuan Ibrahim

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

Pendaki Malaysia Stabil, Dirawat Di HCTM UKM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Melaka Tahan 12 Individu Terlibat Penipuan Dalam Talian, Rasuah Polis