web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Habitat Bunga Pakma Di Hutan Simpan Tembat Akan Diwarta

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 7:51AM

Bunga Pakma atau lebih dikenali sebagai Rafflesia yang mekar berkembang di Hutan Simpan Tembat, Jenagor dekat sini, baru-baru ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA BERANG - Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu akan mewartakan sebahagian Hutan Simpan Tembat, Jenagor dekat sini, dalam usaha memelihara habitat bunga Pakma atau lebih dikenali sebagai Rafflesia.

Pengarahnya, Roslan Rani berkata pihaknya akan mengemukakan kertas kerja berkaitan kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat untuk kajian dan penelitian sewajarnya.

Beliau berkata jika perkara tersebut berjalan lancar, langkah pewartaan tersebut dijangka dapat dilaksanakan pada tahun ini mengikut Seksyen 10 (1) Akta Perhutanan Negara 1984.

"Pewartaan ini bagi memastikan kelestarian habitat dan ekosistem di sekitar bunga Pakma yang istimewa ini kekal terpelihara daripada sebarang aktiviti manusia.

"Kami akan angkat kertas kerja kepada kerajaan negeri dalam sedikit masa lagi dan kalau tidak ada masalah, insya-Allah mungkin (pewartaan) dapat direalisasikan tahun ini," katanya kepada Bernama.

Roslan berkata bunga Pakma mula ditemui di sekitar Hutan Simpan Tembat pada 2019 dan sejak itu, ia  membiak dengan banyak kerana keadaan perumah yang sesuai dengan pertumbuhannya.

Menurut beliau jenis bunga yang tumbuh di hutan itu adalah daripada spesies Rafflesia Cantleyi, iaitu yang terbesar, cantik serta jarang ditemui.

"Kewujudannya secara semula jadi menarik minat ramai pencinta alam termasuk pendaki yang ingin menyaksikan sendiri bunga Pakma yang biasa hanya ada di Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun pengunjung yang ingin masuk ke kawasan Hutan Tembat perlu memohon permit khas daripada pegawai hutan daerah Hulu Terengganu bagi mengelak didakwa kerana menceroboh kawasan hutan simpan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 tahun yang lalu

4 Jenama Fesyen Menceburi Bidang NFT!

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Lebih 5 Tahun Bercambah, Rafflesia Hanya Kembang 5 Hari

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN