web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemuda Dakwa ‘Bebas’ COVID-19 Selepas Joging 10KM, Doktor Bidas Teori Mengarut

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2022 3:05PM

Tangkap layar dari video media sosial menunjukkan seorang jurulatih kecergasan yang mendakwa bebas COVID-19 selepas berjoging.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemuda dipercayai jurulatih kecergasan yang disahkan positif COVID-19 mendakwa sudah ‘bebas’ jangkitan tersebut selepas berjoging sejauh 10 kilometer (KM).

Video aktiviti tersebut yang dikongsi pemuda itu tular di media sosial dan dikecam Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah.

Beliau menyifatkan teori yang dikongsi pemuda terbabit kepada orang ramai sebagai mengarut.

Katanya, apabila disahkan positif, individu terbabit perlu mengasingkan diri dan menjalani tempoh kuarantin ditetapkan.

“Dah kenapa pergi berlari 10KM di luar? Nak pass kan virus anda kepada orang lain?

“Ada juga ya manusia macam ini. Pendapat saya, elok ditangkap saja,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter.

Beliau berkata, RTK Ag adalah ujian saringan dan jika ujian PCR masih lagi positif, jangkitan tidak hilang.

“Jangkitan tidak ‘hilang’ dan anda ‘sembuh’ dan selamat keluar dari kuarantin sebelum waktunya.

“Bagus buat ujian berkala tapi negatif tidak bermaksud anda tiada (jangkitan) ya,” katanya.

Katanya lagi, seseorang yang dijangkiti COVID-19 berisiko mendapat serangan jantung.

“Rehat kekal hidrasi dan makan makanan sihat. Is that too difficult to ask?

“Bukan pergi berlari jarak jauh. Tunggu-tunggulah dahulu,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan tempoh pengasingan bagi individu positif COVID-19 dipendekkan kepada tujuh hari sekiranya lengkap vaksinasi dan tidak mengalami sebarang gejala.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, ketetapan baharu itu mula berkuat kuasa pada 16 Januari lalu.

Namun katanya, bagi kes positif COVID-19 yang masih belum melengkapi suntikan vaksin atau mengalami gejala, tempoh pengasingan diri masih ditetapkan selama 10 hari.

Sementara itu, bermula 1 Mac lalu, kontak rapat pesakit COVID-19 yang tiada gejala tetapi sudah menerima suntikan dos penggalak, tidak perlu menjalani kuarantin.

Begitu pun, Khairy berkata, individu tersebut masih perlu menjalani ujian kendiri (RTK) pada hari pertama dan ketiga daripada tarikh terakhir mereka terdedah kepada kes positif berkenaan.

“Bagi individu sudah lengkap divaksinasi tetapi belum menerima dos penggalak, mereka perlu menjalani kuarantin selama lima hari sekiranya tidak bergejala atau bergejala.

“Bagaimanapun, bagi individu yang tiada vaksinasi atau tidak lengkap divaksinasi, perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari sekiranya tidak bergejala ataupun bergejala,” katanya. - Getaran, 14 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 6 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad