web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


51,631 Kes Penipuan Dalam Talian Dari 2019-2021, Libatkan Kerugian Lebih RM1.61 Bilion

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2022 1:04PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Jonathan Yasin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 51,631 kes penipuan dalam talian melibatkan kerugian lebih RM1.61 bilion yang dilaporkan dari 2019 hingga tahun lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Jonathan Yasin berkata kes belian dalam talian mencatatkan kes tertinggi sebanyak 18,857 kes, diikuti kes pinjaman tidak wujud sebanyak 15,546 kes.

“Pelbagai usaha dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani sindiket termasuk meningkatkan penguatkuasaan undang-undang, pengoperasian dan menjalankan pendakwaan terhadap mereka yang terlibat.

“Kita juga wujudkan ‘CCID Scam Response Center’ dan orang ramai boleh membuat panggilan untuk mendapatkan maklumat dan kesahihan panggilan bagi sebarang transaksi yang meragukan,” katanya menjawab soalan Su Keong Siong (PH-Kampar) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Keong Siong ingin tahu secara terperinci mengenai statistik kes penipuan pembelian dalam talian bermula 2019 sehingga tahun lepas serta langkah diambil bagi membendung masalah itu supaya tidak menjejaskan kerancakan urus niaga bentuk baharu.

Jonathan berkata pihaknya sentiasa merancang, menjalankan kajian dan menyemak semula undang-undang yang dikuatkuasakan bagi memastikan ia sentiasa relevan dengan perkembangan dan isu semasa.

“Kita akan kaji semula peraturan Akta Perlindungan Pengguna 2007 sekiranya dapat membendung segala jenis jenayah yang berlaku dalam negara ini,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) yang ingin tahu sama ada terdapat keperluan untuk undang-undang penguatkuasaan dipinda atau dikemas kini supaya relevan dengan cabaran semasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 4 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 8 minit yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik