web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesakit Jatuh Dari Bangunan Hospital Di Pulau Pinang, Dipercayai Bunuh Diri

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2021 3:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki berusia 62 tahun maut dipercayai membunuh diri di sebuah hospital kerajaan di sini, semalam.

Ketua Polis Seberang Prai Tengah, Shafee Abd Samad berkata, pesakit itu dimasukkan ke wad saringan COVID-19 pada Ahad kerana didapati mengalami tekanan darah rendah, radang paru-paru dan hepatitis C.

Lelaki itu juga mempunyai sejarah menerima rawatan psikiatri dan sedang mengambil ubat methadone untuk ketagihan heroin, tambahnya.

“Seorang saksi, yang juga pesakit di wad yang sama, berkata yang mangsa mencabut tiub iv dari lengannya dan berjalan menghala ke arah koridor pada pukul 11 malam,” katanya.

Shafee berkata, hospital itu menerima laporan mengenai seorang pesakit jatuh dari bangunan itu pada 11.20 malam.

Mangsa dibawa ke wad kecemasan namun mengalami kecederaan parah di kepala dan diisytiharkan meninggal dunia di wad tersebut.

“Siasatan tidak menemui apa-apa elemen jenayah di tempat kejadian. Tiada kamera litar tertutup di sekitar wad.

“Mayat dihantar ke unit forensik Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.” katanya - Getaran, 16 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Hospital Lambang Sebenar Perpaduan - Annuar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Kecederaan Zara Qairina Sepadan Akibat Jatuh, Bukan Dipukul - Pakar Patologi

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 23 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar