web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kabinet Setuju Tarikh Pembukaan Sempadan Negara, PM Umum Minggu Hadapan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2022 3:02PM

Khairy Jamaluddin hadir pada program Persidangan Dialisis Tahunan Ke-16 Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia di sebuah hotel hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tarikh pembukaan sempadan negara akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob minggu hadapan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, tarikh tersebut sudah dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung semalam.

“Semalam Kabinet sudah setuju (tarikh), tinggal nak umum tarikh sahaja.

“InsyaAllah jika tiada aral melintang, PM (Perdana Menteri) akan umumkan dan tidak bermaksud pembukaan sempadan dibuka minggu hadapan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Tahunan Dialisis di sini, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan akan memberi sedikit masa kepada pihak dan agensi terlibat dalam sektor pelancongan untuk melakukan persediaan terbaik.

“Pengumuman itu penting dan akan beri masa sedikit kepada semua syarikat penerbangan, Jabatan Imigresen, hotel dan semua terlibat dalam sektor pelancongan dan pengembaraan.

“Ini sebagai langkah membuat persediaan terbaik bagi pembukaan sempadan negara,” katanya.

Pada 8 Februari lalu, Majlis Pemulihan Negara (MPN) bersetuju untuk membuka sempadan negara sepenuhnya seawal 1 Mac ini, tanpa perlu melakukan kuarantin wajib.

Namun demikian Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ujian COVID-19 perlu dilakukan mengikut syor Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum berlepas dan sebaik tiba di pintu masuk utama negara. - Getaran, 5 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Dijangka Umum Hal Semasa Ekonomi Negara Esok - Ahmad

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Senarai Kabinet Diumum Dalam Beberapa Hari Lagi - PM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pembentukan Kerajaan Baharu: Keputusan Sudah Dibuat, BN Keluarkan Kenyataan Nanti

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Pekerja Stesen Minyak Berhak Halang Kenderaan Asing ‘Curi’ Isi RON95

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 18 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek