web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Senarai Kabinet Diumum Dalam Beberapa Hari Lagi - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 2:52PM

Anwar (tengah) bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun (NACCOL) 2022 bersama jabatan dan agensi kerajaan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, senarai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan diterajuinya akan diumumkan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Beliau berkata, perkara berhubung anggota Kabinet perlu dibincangkan secara saksama antara gabungan yang membentuk kerajaan Persekutuan.

Katanya, beliau kini masih mengadakan perbincangan dengan kepemimpinan tiga parti utama, iaitu Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Warisan (WARISAN).

“Maka GPS kami telah mengadakan pertemuan yang sangat baik dengan Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Abang Openg semalam di rumah saya dan bercakap dengan wakil BN dan mereka mempunyai jawatankuasa kerja serta ada beberapa cadangan.

“Kemudian saya akan bertemu petang ini, kemudian dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuai Datuk Seri Hajiji Noor dan maka, saya perlu bercakap dengan WARISAN.

“(Perbincangan) masih diteruskan, tetapi saya fikir dalam beberapa hari akan datang kita akan dapat mengeluarkan cadangan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun (NACCOL) 2022 bersama jabatan dan agensi kerajaan.

Mesyuarat itu bertujuan membincangkan isu kos sara hidup yang membebankan rakyat.

Antara pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan yang hadir pada mesyuarat bermula 11 pagi tadi itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) serta Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Selain itu, pegawai daripada Jabatan Perangkaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Mengulas mengenai komitmen dinyatakannya sebelum ini untuk mengecilkan saiz Kabinet, Anwar menegaskan beliau tetap berpegang kepada pendirian itu.

“Saya tetap akan kecilkan saiz Kabinet dan tidak mahu kerajaan ini melantik lebih daripada 70 menteri sebagai ‘imbuhan’ menyokong penubuhan Kerajaan Perpaduan.

“Saya mahu mereka menyokong saya berdasarkan dasar dan komitmen saya untuk membangunkan tadbir urus yang baik, memerangi rasuah dan ekonomi,” katanya. - Getaran, 27 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 19 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad