Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pekerja Stesen Minyak Berhak Halang Kenderaan Asing ‘Curi’ Isi RON95

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 9:00AM

Harga RON95 yang mahal dinegara sendiri mendorong rakyat negara jiran ‘curi-curi’ mengisi petrol bersubsidi. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harga runcit RON95 di Malaysia ditetapkan pada kadar RM2.05 seliter bagi tempoh seminggu, bermula 31 Mac lalu sehingga hari ini.

Namun di negara jiran, Singapura dan Thailand, bahan bakar itu masing-masing berharga RM9.16 dan RM5.63 seliter.

Pendek kata, harga tersebut agak mahal sehingga mendorong rakyat negara jiran ‘curi-curi’ mengisi petrol bersubsidi RON95 yang dikhaskan untuk rakyat Malaysia.

Tindakan itu dapat dilihat menerusi foto gelagat beberapa individu menggunakan kenderaan dengan nombor plat pendaftaran Singapura mengambil kesempatan mengisi RON95 di stesen minyak di Johor yang tular di media sosial.

Trend itu terhenti seketika akibat pandemik COVID-19 lebih dua tahun, tetapi berulang kembali sebaik pintu sempadan negara dibuka kepada pelancong asing pada 1 April lalu.

Situasi tersebut mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan netizen yang mahu tindakan tegas diambil terhadap individu terbabit.

Isu hangat diperkatakan di media sosial itu turut mendapat perhatian Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang berpendapat tindakan tidak bertanggungjawab terbabit perlu dihentikan segera.

Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, trend itu dapat dibendung sekiranya semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak yang bersempadan dengan Singapura serta Thailand, mematuhi undang-undang larangan penjualan RON95 kepada semua kenderaan dengan pendaftaran asing.

Mohd Yusof Abdul Rahman
Mohd Yusof Abdul Rahman

Katanya, mereka berhak mengarahkan individu menggunakan kenderaan bernombor plat asing hanya membeli RON97.

“Sebenarnya tanggungjawab menentukan atau membenarkan individu terbabit untuk mengisi minyak terletak pada stesen minyak.

“Jadi mereka sepatutnya berlaku jujur dengan hanya membenarkan kereta dengan plat Singapura membeli RON97. Jika berlaku ketirisan, maka mereka perlu dikenakan tindakan tegas,” katanya kepada Getaran hari ini.

Bagaimanapun beliau mengakui tugas untuk memeriksa setiap kenderaan yang datang ke stesen minyak, terutama dari seberang Tambak bukan kerja mudah.

“Pada pendapat saya, petugas kaunter tak akan check siapa yang beli terutamanya pada waktu puncak. Kadang-kadang di sesetengah stesen minyak ada tak nampak (kenderaan asing), apatah lagi stesen minyak besar. 

“Tapi ada beberapa stesen minyak yang ada kaunter diluar, mungkin itu boleh membantu urusan menegur individu terbabit dan arahkan mereka hanya guna RON97. Namun wujud kesukaran jika ada pekerja bertolak-ansur dengan mereka,” katanya.

Susulan keadaan itu, beliau berkata, aduan orang ramai amat dialu-alukan ketika ini memandangkan aktiviti penguatkuasaan yang baharu sahaja dilaksanakan semula sebaik pintu sempadan negara dibuka 1 April lalu, masih gagal menangani masalah tersebut.

“Aduan orang ramai sebenarnya boleh membantu penguat kuasa melakukan pemantauan, terutama di stesen minyak sering dikunjungi kenderaan bernombor plat asing.

“Bila dapat aduan daripada pengguna, jika memang kerap pelanggan asing membeli RON95, jadi penguat kuasa boleh bertindak atas aduan orang ramai,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yusof berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan hukuman lebih berat terhadap pengurusan stesen minyak yang membenarkan kenderaan asing membeli RON95.

“Jadi kalau ada stesen minyak didapati membenarkan kereta nombor plat Singapura mengisi RON95, hukuman tegas perlu diambil.

“Sudah tiba masanya hukuman lebih berat diperkenalkan untuk mengatasi masalah tidak berkesudahan ini,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan seorang lelaki dirakam mengisi petrol menggunakan nozel kuning ke sebuah kenderaan jenis Mitsubishi bernombor plat Singapura di sebuah stesen minyak di Jalan Pandan, Johor Bahru.

Perkongsian tersebut mengundang kecaman dalam kalangan netizen dengan rata-rata menyindir perbuatan agak melampau itu.

Mereka tidak berpuas hati apabila RON95 yang dijual menerusi subsidi kerajaan khusus kepada rakyat negara ini, turut dinikmati kenderaan asing.

Namun dalam program Agenda AWANI, malam tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peraturan baharu bagi menangani isu kenderaan asing ‘curi-curi’ mengisi petrol bersubsidi RON95 akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Katanya, mekanisme tersebut sudah dan sedang diperhalusi di peringkat Kabinet.

“Kami sedar (mengenai isu ini) sebab melihat apa yang tular, ada aduan. Memang sejak sempadan dibuka beberapa hari lalu, kenderaan negara asing menggunakan RON95.

“Sebab itu kami di Kabinet sekarang sudah dan sedang memperhalusi peraturan baharu yang akan saya umumkan dalam sehari dua nanti untuk menangani masalah ini,” katanya. - Getaran, 6 April 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 4 minggu yang lalu

Meredah Cabaran Peralihan Tanpa Subsidi Minyak di Malaysia

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Runcit Petrol RON97 Turun 20 Sen, RON95 & Diesel Kekal

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Trend ‘Rompak’ RON95 Rugikan Negara, Perlu Segerakan Subsidi Minyak Bersasar

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Sahkan Dr Mahathir Disiasat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 7 jam yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

Semasa 5 jam yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

oleh Wartawan Getaran