web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Trend ‘Rompak’ RON95 Rugikan Negara, Perlu Segerakan Subsidi Minyak Bersasar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2022 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak pintu sempadan negara dibuka 1 April lalu, pelbagai insiden membabitkan rakyat negara jiran, Singapura hangat diperkatakan netizen di media sosial.

Daripada kesalahan memandu melebihi had laju sehinggalah trend ‘curi-curi’ mengisi petrol bersubsidi RON95, kelakuan biadap segelintir individu terbabit mengundang kemarahan ramai.

Lebih membimbangkan, trend memasuki Malaysia ini bukan sahaja untuk membeli barang keperluan malah ada antara mereka mengambil kesempatan mengisi petrol yang jauh lebih murah dari negara asal.

Umum mengetahui harga runcit RON95 di Singapura ditetapkan pada kadar RM9.37 seliter, hampir lima kali ganda lebih mahal berbanding harga yang dinikmati rakyat Malaysia.

Maka tidak hairanlah ada di antara mereka bertindak ‘curi-curi’ mengisi petrol RON95 yang dikhaskan untuk rakyat negara ini.

Tahukah anda berapa banyak kerugian ditanggung kerajaan apabila warga Singapura mengisi petrol bersubsidi tersebut?

Sudah tentu jumlahnya amat besar sekali.

Menurut Pakar Ekonomi Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, sebelum negara dilanda wabak COVID-19 pada 2019, jumlah kedatangan pelancong dari Singapura mencecah 10.16 juta orang.

Katanya, jika jumlah kedatangan pelancong negara itu kembali meningkat seperti tiga tahun lalu, tidak mustahil jutaan ringgit peruntukan subsidi minyak yang sepatutnya dinikmati rakyat Malaysia ‘lesap’ begitu sahaja.

“Sekarang kerajaan tanggung subsidi RM1.65 seliter, kalau separuh rakyat Singapura yang datang itu (lima juta orang) memandu dan mengisi 40 liter RON95, ini bermakna subsidi sebanyak RM330 pergi kepada mereka.

“Jadi bayangkan kalau perjalanan pergi balik, maknanya kerajaan akan rugi sebanyak RM660 juta wang peruntukan subsidi tersebut kepada warga asing,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Susulan itu, beliau mengesyorkan agar kerajaan melaksanakan subsidi produk minyak secara bersasar dengan segera, terutamanya kepada golongan rentan dan mereka yang benar-benar memerlukan.

Katanya, ini berdasarkan jangkaan peningkatan jumlah subsidi kepada RM28 bilion pada tahun ini akibat kenaikan tinggi harga minyak global.

“Selain itu, cadangan tersebut juga melihat potensi bahawa sebahagian daripada subsidi berkenaan akan pergi kepada rakyat Singapura yang datang melancong ke negara ini.

“Pada masa sama, kerajaan juga perlu merangka peraturan baharu yang lebih tegas bagi memastikan warga asing hanya membeli petrol RON97,” katanya.

Menurut beliau, subsidi minyak bersasar dapat mengawal kenaikan harga barang, mengurus perbelanjaan kerajaan secara lebih berhemah dan membantu golongan yang betul-betul memerlukan jika dilaksanakan dengan baik.

Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff
Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff

Selain itu, katanya, penjimatan peruntukan subsidi tersebut juga membolehkan kerajaan menggunakan hasil untuk tujuan lain yang lebih memberi manfaat kepada rakyat.

“Untuk tujuan itu, sistem atau model yang akan dilaksanakan mesti menggunakan teknologi dan pangkalan data sedia ada.

“Sebagai contoh, semasa wabak COVID-19, kerajaan mempunyai data yang cukup lengkap berkenaan B40 melalui pelbagai jenis bantuan seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM),” katanya.

Justeru beliau berkata, kerajaan boleh menggunakan data tersebut untuk mengenal pasti golongan yang layak menerima subsidi bersasar itu.

Sementara itu, tindakan segelintir warga Singapura mengisi petrol RON95 meskipun tidak dibenarkan turut mendapat perhatian mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menegaskan petrol RON95 merupakan bahan kawalan kerana diberi subsidi yang tinggi, maka penjualan bahan api itu kepada warga asing adalah melanggar Akta Kawalan Bekalan kerajaan.

“Jika warga asing isi 40 liter RON95 sahaja, kerajaan akan rugi RM68 wang rakyat kepada warga asing.

“Dengan pembukaan semula sempadan negara, saya percaya pihak berkuasa dan stesen-stesen minyak Malaysia akan memantau dengan lebih rapi,” katanya.

Menurut Najib, harga petroleum RON95 Malaysia pada harga RM2.05 satu liter adalah kadar ke-11 paling rendah dalam dunia.

“Harga tersebut lagi murah dari beberapa negara pengeluar minyak besar dan negara teluk seperti Arab Saudi, Qatar, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jordan dan Oman.

“RON97 yang dibenarkan dijual kepada warga asing pula dijual pada harga RM3.91 satu liter di Malaysia.

“Namun ia masih jauh lebih murah berbanding harga S$3.02 (RM9.37) bagi RON95 dan S$3.51 (RM10.90) bagi RON97 di negara jiran sebab petrol dikenakan cukai yang tinggi,” katanya.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha stesen minyak yang didapati menjual minyak petrol bersubsidi kepada kenderaan asing.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961(Akta 122) dan (Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974) akan dikenakan penalti.

Malah katanya, pendekatan baharu bagi menangani isu tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat. - Getaran 12 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Pelaksanaan Subsidi Bersasar Tidak Beri Kesan Kepada Pelaburan Asing - Tengku Zafrul

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Pendekatan Baharu Pastikan Agihan Subsidi Bersasar Lebih Fokus - Rafizi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 17 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik