web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jalankan Perlombongan Bitcoin Sejak 2 Bulan, 12 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 7:39PM

Cha Hoong Fong (tiga kiri) menunjukkan barang rampasan ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Seramai 12 lelaki ditahan polis kerana disyaki terbabit kegiatan perlombongan bitcoin yang beroperasi sejak dua bulan lalu di kawasan komersial di Bandar Puteri dan Bayu Perdana, di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, serbuan itu dilakukan bermula Selasa lalu.

“Pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesan tiga premis bitcoin dalam operasi ini.

“Siasatan awal mendapati mereka (suspek) berperanan sebagai penjaga premis dan juruteknik bagi mengendalikan mesin bitcoin,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas pelbagai peralatan berjumlah RM65,000 yang digunakan suspek bagi kegiatan terbabit. 

“Polis merampas pelbagai peralatan berjumlah RM65,000 membabitkan 155 unit mesin bitcoin, 37 unit ‘power supply’, tiga unit monitor, router dan modem untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Hoong Fong berkata, modus operandi suspek adalah menyewa premis tingkat atas di kawasan komersial dengan bayaran RM1,500 sebulan, sebelum mengubah suai ruang berkenaan untuk dijadikan tempat perlombongan bitcoin.

“Kegiatan mencuri penyambungan elektrik sejak dua bulan secara haram itu dikesan mengakibatkan kerugian RM60,000,” katanya.

Jelas beliau, kesemua suspek yang berusia antara 18 hingga 43 tahun direman dua hari untuk siasatan di bawah Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik 1990, Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Katanya, semakan rekod mendapati, tujuh daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau. - Getaran, 3 Mac 2022.

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 17 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad