web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tertekan Rumah Tangga Runtuh, Polis Tetak Rakan Serumah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2021 3:10PM

Mangsa mengalami kecederaan akibat ditetak dengan pisau pemotong daging.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tekanan perasaan disebabkan baru saja bercerai dipercayai menjadi punca seorang anggota polis berpangkat Koperal menetak rakannya serumahnya di sebuah apartment di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 petang itu, mangsa yang juga seorang pemandu penghantar e-hailing mengalami dua kecederaan di tengkuknya akibat ditetak, dipercayai menggunakan pisau pemotong daging.

Meski mengalami kecederaan parah, mangsa sempat menghubungi polis bagi melaporkan kejadian, sebelum sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bergegas ke lokasi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 33 tahun itu menuduh mangsa mengusik barang-barangnya di rumah.

Katanya, suspek dan mangsa sudah saling mengenali lebih kurang setahun dan kedua-dua mereka menyewa di rumah yang sama.

“Berdasarkan siasatan, tindakan suspek itu didorong oleh tekanan dialaminya akibat penceraian sehingga menyebabkannya kerap berhalusinasi.

“Suspek juga dipercayai berhalusinasi ketika kejadian sebelum menetak mangsa, namun ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap anggota itu didapati negatif,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Razali berkata, polis juga merampas sebilah pisau pemotong daging yang dipercayai digunakan suspek untuk menetak mangsa bagi membantu siasatan.

“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut berhubung kejadian manakala mangsa pula dihantar ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan lanjut akibat kecederaannya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan. – Getaran, 15 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 8 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran