web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Persoalan Kes Dadah Anak Ahli Perniagaan Perlu Dirujuk AGC - Ayob Khan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 6:28PM

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebarang persoalan yang timbul mengenai siasatan membabitkan pertuduhan dadah anak seorang ahli perniagaan perlu dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, hasil siasatan membabitkan pertuduhan itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.

“Polis hanya jalankan siasatan dan hantar kertas siasatan kepada AGC. Mereka akan menentukan sama ada nak tuduh atau sebaliknya.

“Setakat ini, kita tidak menerima laporan baharu membabitkan dakwaan berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, hanya AGC boleh menjelaskan mengenai pengurangan pertuduhan dihadapi anak ahli perniagaan itu.

Pada 19 Februari lalu, bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menafikan dakwaan dirinya menerima rasuah semasa mengendalikan kes jenayah melibatkan anak lelaki ahli perniagaan terkenal terbabit.

Dakwaan terhadap Tommy Thomas itu dibuat di akaun Twitter, Edisi Khas dalam satu hantaran. - Getaran, 28 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Abdul Halim Janji Lebih Agresif, Perkukuh Reformasi Institusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

1,429 Polis Terima Tindakan Tatatertib Sepanjang 2025 - Ayob Khan

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Kes Zara Qairina: AGC Teliti Kenyataan Shafie Apdal

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik