web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1,429 Polis Terima Tindakan Tatatertib Sepanjang 2025 - Ayob Khan

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2026 6:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 1,429 pegawai dan anggota  Polis Diraja Malaysia dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tahun lalu, termasuk 134 kes pemecatan melibatkan pelbagai salah laku.

Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, daripada jumlah itu, 819 anggota diberi amaran, 211 lagi dikenakan denda, lucut hak emolumen (190), pembekuan pergerakan gaji (18), penurunan gaji (34) serta penurunan pangkat (23).

Beliau berkata, kesalahan direkodkan merangkumi pelbagai isu termasuk jenayah, rasuah, kesalahan syariah, menyebabkan kecederaan serta penyalahgunaan dadah.

“Tindakan diambil mengikut jenis kesalahan dan melibatkan pelbagai bentuk hukuman,” katanya selepas menghadiri Forum Perdana anjuran Penang Crime Awareness and Public Safety Society di Hotel St Giles, Pulau Pinang hari ini.

Menurutnya, semua kesalahan itu memberikan impak besar terhadap imej pasukan secara keseluruhan, meskipun hanya melibatkan kira-kira satu peratus daripada sekitar  130,000 pegawai dan anggota.

“Walaupun jumlah kecil, impaknya besar kerana ia boleh mencemarkan imej serta menjejaskan persepsi terhadap kejayaan yang dicapai pasukan polis.

“Usaha baik yang dilakukan sering terlepas pandang apabila perhatian lebih tertumpu kepada kelemahan, justeru tindakan tegas perlu diambil,” katanya.

Ayob Khan memberitahu, PDRM mempunyai mekanisme pemantauan dalaman menerusi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), selain saluran aduan luaran melalui Independent Police Conduct Commission di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Katanya, orang ramai yang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan dalaman polis boleh mengemukakan aduan kepada IPCC. – Getaran, 23 April 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ayob Khan Sedia Disiasat Jika Ada Dakwaan Salah Laku

3

Semasa 2 tahun yang lalu

The 1975 Pulang Sebelum Laporan Polis Diterima - Ayob Khan

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Ayob Khan Nafi Keluar Kenyataan Ramai Pegawai Terbabit Edar Dadah

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad